PELAKON Anzalna Nasir berkongsi berita gembira bakal menyambut kelahiran cahaya mata kedua pada bulan Syawal akan datang. Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir, 34 menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Anzalna perlahan kerjaya seni, mahu fokus besarkan anak ARTIKEL BERKAITAN: Anzalna perlu masa padam foto lama di media sosial, akui berubah bukan sekelip mata “Bersyukur kerana diberi peluang untuk bertemu lagi di bulan yang mulia. “Alhamdulillah, Eidrees bakal dapat adik hari raya nanti. Anzalna mula perlahankan kerjaya selepas dikurniakan anak pertama “Mohon semua doa agar dipermudahkan urusan melahirkan nanti dan semoga kita semua terus diberi kesihatan yang baik,” tulisnya. Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Hanif Zaki pada 2016 dan pasangan ini sudah mempunyai seorang anak lelaki iaitu Mohamad Eidrees, 2 tahun. Anzalna sebelum ini memaklumkan dia mahu memperlahkan kerjaya seni kerana memberi fokus membesarkan anak pertama mereka. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI