suria

Saharul Ridzwan bawa isteri tunai umrah 10 hari, mahu latih diri berjauhan dengan anak-anak demi sebar dakwah

Saharul dan isteri selamat menunaikan ibadah umrah pada selepas tiba di sana pada Ahad.

MENYAMBUT Ramadan di Tanah Suci Makkah bagaikan satu rahmat besar buat pelakon Saharul Ridzwan yang berangkat ke sana bagi menunaikan ibadah umrah pada Sabtu.

Selain teruja, Saharul, 33, memberitahu dia tidak sabar untuk menziarahi makam Rasulullah SAW apabila berada di Madinah nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengaku dulu bukan baik sangat, Saharul Ridzwan tak nak ‘judge’ kesilapan orang lain

ARTIKEL BERKAITAN: Lupa sebut Lailahaillallah... Saharul Ridzwan hampir berdepan kematian - “Saya nyaris lemas, rasa ditarik ke dalam air macam dah nak mati”

“Selama ini jika pergi menunaikan ibadah umrah, kita sering berharap dapat doakan sesuatu ketika di sana.

“Kali ini saya bawa rasa cinta terhadap Rasulullah.

“Selepas belajar dan mendalami tentang sirah perjuangan nabi, saya amat teruja untuk menziarahi makam baginda ketika di Madinah nanti,” ujarnya.

Dalam perjalanan ibadah kali ini, Saharul yang pergi bersama isterinya terpaksa berjauhan dengan anak-anak dalam tempoh masa lama iaitu 10 hari buat pertama kali.

saharul 2

Saharul bersama isteri dan anak-anak

Bagi Saharul ini adalah satu proses pembelajaran buat dia dan isteri supaya mereka lebih mudah mengikuti usaha menyebarkan dakwah selepas ini.

“Cabaran kali ini ialah kami terpaksa berjauhan dengan anak. Saya sentiasa sentiasa ingatkan isteri inilah masanya untuk kita belajar tinggalkan anak sekejap supaya boleh mengikuti usaha menyebarkan dakwah selepas ini.

“Pada awalnya isteri saya agak keberatan untuk pergi, maklumlah sebagai seorang ibu memang susah hendak tinggalkan anak untuk tempoh masa lama.

“Apabila dia bersetuju, saya terus tempah slot tarikh untuk mengerjakan ibadah umrah,” katanya.

Saya sentiasa sentiasa ingatkan isteri inilah masanya untuk kita belajar tinggalkan anak sekejap supaya boleh mengikuti usaha menyebarkan dakwah selepas ini

SAHARUL RIDZWAN

PELAKON

Untuk rekod Saharul mendirikan rumah tangga dengan Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir pada September 2016 dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 5, dan Fateema Azzahara, 2.

Saharul dan isteri akan pulang semula ke Malaysia selepas sepuluh hari di sana.

Bercakap tentang aktiviti sepanjang Ramadan tahun ini, Saharul memberitahu tidak banyak yang sudah dirancang selain memberi fokus kepada perniagaan restoran Human Gang yang baru memulakan operasi pada hujung Mac lalu.

“Rasanya untuk Ramadan tahun ini lebih tertumpu kepada aktiviti perniagaan selain meningkatkan lagi amal ibadah kita,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain