suria

Tiga tahun menduda, Fendy (Caliph Busker) sudah jumpa pengganti... Cari isteri untuk jaga anak

Fendy akui sudah ada teman rapat.

SELEPAS tiga tahun berpisah dengan bekas isteri, pemain dram Caliph Busker iaitu Fendy Adlun akui kini sedang rapat dengan seorang wanita.

Menurut Fendy, 31, sebagai insan biasa dia juga ada kalanya berasa sunyi dan memerlukan seseorang pasangan hidup.

ARTIKEL BERKAITAN: Fendy (Caliph Busker) kecewa ‘ustazah’ kaitkan anak autisme dengan jin, minta jaga hati ibu bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Fendy Caliph Buskers minta rumah PPR, tak mampu bayar sewa mahal - “Dah macam nyawa-nyawa ikan... terdesak sangat”

"Sebagai seorang lelaki pastinya ada masa akan rasa sunyi apabila hidup tanpa teman. Itu adalah naluri yang biasa.

"Saya ada rapat dengan seorang wanita saya. Setakat ini itu sahaja yang boleh saya katakan.

"Kalau ada jodoh saya bersyukur kerana kembali berkahwin," katanya kepada mStar.

WhatsApp Image 2022-04-14 at 4.04.38 PM

Fendy menguruskan sendiri anaknya selepas berpisah dengan bekas isteri, Nadira.

Selain itu, kata Fendy dia juga mahu seseorang yang boleh menjaga anaknya Nur Azalea Zafirah, 7, di rumah ketika dia keluar bekerja.

"Selepas berpisah saya menjaga anak sendiri. Ada masa terpaksa bawa dia pergi kerja dan pulang sehingga lewat malam.

"Kasihan saya melihat nasib anak dan sebab itu kalau berkahwin nanti, ada orang boleh menjaganya di rumah," jelasnya.

Sebagai seorang lelaki pastinya ada masa akan rasa sunyi apabila hidup tanpa teman. Itu adalah naluri yang biasa.

FENDY ADLUN

CALIPH BUSKER

Untuk rekod, Fendy pernah berkahwin dengan Nadira Rubina yang juga merupakan bekas anggota Caliph Busker dan mereka bercerai pada 2018.

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Azalea Zafirah yang kini berusia tujuh tahun.

Dalam pada itu, Fendy mengakui berdepan kesukaran untuk menguruskan anaknya terutama berkaitan hal penjagaan wanita.

"Anak saya semakin besar dan saya sendiri tidak begitu faham tentang hal penjagaan wanita seperti ketika waktu datang bulan.

"Jadi jika ada seorang ibu boleh memberi tunjuk ajar dan membantu,"ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain