suria

Dalam diam-diam dah 3 drama jadi heroin, Sharifah Rose syukur dapat kepercayaan stesen TV

Sharifah Rose akan terus baiki kualiti lakonan.

MENERIMA pelbagai kritikan di media sosial menjadi satu semangat buat pelakon baharu Sharifah Rose untuk meningkatkan lagi kualiti lakonannya.

Sharifah atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira, 23, berkata, dia tidak pernah berkecil hati dengan komen-komen negatif yang memandang rendah bakatnya dalam bidang seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Sharifah Rose ‘panas’ lagi, kali ini netizen tuduh ciplak jenama tudung - “Dia fikir boleh tiru macam kerja sekolah?”

ARTIKEL BERKAITAN: Teruk dikritik ‘kayu’, Sharifah Rose pasang niat nak belajar setiap kali terima tawaran berlakon

"Sejak awal terlibat dalam dunia seni saya sentiasa ambil iktibar dari setiap kritikan dan sebab itu saya tidak pernah ambil hati jika menerimanya.

"Penonton kritik kerana mereka melihat kekurangan saya, jadi apabila ditegur saya belajar sesuatu.

"Semua komen dan kritikan saya jadikan sebagai motivasi untuk tingkatkan lagi kualiti lakonan," ujarnya.

Sebelum ini, pelakon yang mula dikenali dengan drama Kekasih Hati Mr Bodyguard ini dilabel 'kayu' dan tidak pandai berlakon.

WhatsApp Image 2022-04-14 at 4.16.29 PMSharifah Rose terima kritikan dengan hati terbuka.

Diberi kepercayaan membawa watak utama dalam beberapa drama stesen televisyen TV3, ada yang menganggap Sharifah merupakan anak emas stesen berkenaan meskipun dia adalah pelakon baharu.

Menafikan hal tersebut, kata Sharifah, dia memikul satu tanggungjawab besar setiap kali mendapat tawaran sebagai watak utama.

Bukannya anak emas, ini adalah rezeki

SHARIFAH ROSE

PELAKON

"Mungkin sebab drama pertama saya dapat menarik perhatian ramai, maka saya diberi lebih banyak kepercayaan.

"Bukannya anak emas, ini adalah rezeki," jelasnya.

Sharifah sebelum ini pernah berlakon dalam drama 3 Nota Cinta dan Kekasih Hati Mr Bodyguard.

WhatsApp Image 2022-04-14 at 4.16.28 PM

Bergandingan dengan Ali Reza dalam Do You Love Me Captain.

Terbaharu, Sharifah Rose bergandingan dengan Ali Reza dalam drama berjudul Do You Love Me Captain.

"Setiap kali menerima tawaran saya anggap ia sebagai cabaran baharu untuk proses pembelajaran.

"Dalam drama kali ini walaupun Ali juga merupakan seorang pelakon baharu, saya banyak belajar daripadanya dan kami dapat pengalaman yang sangat seronok sepanjang penggambaran,"katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain