DEMI ibu tercinta, pelawak Achey sanggup membatalkan tawaran kerja yang mana boleh menerima bayaran lumayan. Kata Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 36, keadaan kesihatan ibu yang merosot dan menerima rawatan di Hospital Segamat membuatkan dia sentiasa bersedia jika berlaku kecemasan. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu jatuh sakit, Achey sedia jual motor tampung kos rawatan - “Memang rasa ralat dah laburkan duit simpanan untuk bisnes” ARTIKEL BERKAITAN: Achey bimbang gagal hubungi ibu sejak Jumaat - “Saya risau mak akan tertekan kalau tak dapat cakap dengan anak” “Saya berterima kasih kepada isteri kerana dia yang bertegas supaya saya batalkan tawaran kerja kerana memikirkan keadaan ibu ketika dimasukkan ke hospital dua minggu lalu. “Syukur juga dia telah menyusun jadual saya dengan baik agar boleh saya melawat ibu jika tidak terlibat dengan mana-mana program atau penggambaran. “Kalau ikutkan bayaran yang diterima memang berbaloi, tetapi saya fikir rezeki ada di mana-mana,” katanya kepada mStar. Isteri Achey, Nor Hasanah Yahaya sentiasa beri semangat untuk lebih kuat. Bagi Achey juga dia akan cuba sedaya upaya untuk menjaga ibunya meski terpaksa berulang-alik ke Johor. “Sebagai anak saya akan usahakan apa sahaja untuk berbakti kepada ibu. Tidak menjadi masalah besar untuk saya berulang-alik jika mahu berjumpa ibu. “Saya anggap ini adalah ‘lombong emas’ yang boleh memberi saya kebaikan di dunia dan akhirat kelak. Saya tak mahu sia-siakan peluang yang ada ini,” jelasnya. Sebagai anak saya akan usahakan apa sahaja untuk berbakti kepada ibu ACHEY PELAWAK Bercakap tentang kesihatan ibunya, Ngaisah Hassan, 74, kata ibunya mengidap masalah kerosakan organ pankreas sejak setahun lalu namun enggan menjalani pembedahan awal. Disebabkan itu keadaan menjadi semakin serius sehingga mengakibatkan bahagian perut membengkak kerana saluran hempedu dan hati tersumbat. Antara selebriti yang terlibat dalam Starvendors Mega Fest Raya 2022. Achey ditemui ketika majlis sidang media Starvendors Mega Fest Raya 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis. Acara jualan sempena hari raya itu bakal diadakan bermula 22 hingga 25 April bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI