suria

[VIDEO] Gembira dapat pasport Australia, tapi Sajat tak boleh balik Malaysia jenguk bapa tenat... Hanya mampu buat ‘video call’

Biarpun Sajat mempunyai pasport Australia namun masih tak dapat pulang ke Malaysia untuk melawat bapanya yang sakit.

KESIHATAN bapa yang merosot dan dilaporkan berada dalam keadaan tenat, usahawan sensasi Nur Sajat yang kini berada di Australia memberitahu tidak dapat pulang ke Malaysia buat masa ini.

Biarpun berjaya mendapatkan pasport untuk keluar negara, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman berkata, ia adalah atas urusan perniagaannya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Terasa seperti baru dilahirkan semula” - Sajat dakwa berjaya daftar status tukar jantina

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Kita tahu dia buat benda betul” - Ibu Sajat reda anak lari ke Australia, tak pernah pujuk balik Malaysia

"Terima kasih kerajaan Australia. Akhirnya saya dapat pasport saya. Sangat gembira dapat terbang ke awan biru. Sekarang Sajat bolehlah terbang business trip dalam masa terdekat ini.

"Kalau nak balik Malaysia itu, memang tak boleh. Saya dapat pasport ini pun, saya nak travel untuk business trip memandangkan bulan lima atau enam ini kedai saya akan mula beroperasi.

"Kerja tetap kerja... hidup perlu diteruskan untuk rezeki anak-anak dan keluarga tercinta saya," ujarnya.

Apa-apa pun, kak long dan mak selalu update fasal hal ayah saya.

NUR SAJAT

USAHAWAN

Bagaimanapun, Sajat memberitahu kakak dan ibunya sentiasa memaklumkan tentang keadaan kesihatan bapanya yang mula merosot sejak dua minggu lalu.

Usahawan berusia 37 tahun ini berkata, dia hanya mampu membuat panggilan video dan mengirim wang perbelajaan untuk keluarga, kakak dan ibunya.

Sajat 1

Sajat bersama ibu dan bapanya.

Pada Khamis, adik Sajat iaitu Nur Mustika berkongsi berita bapa mereka kini berada dalam keadaan tenat.

Untuk rekod, Sajat memilih memulakan kehidupan baharu di Australia sejak Oktober tahun lalu kerana merasa tidak selamat tinggal di Malaysia.

Sebelum ke sana, Sajat pernah melarikan diri ke Thailand namun ditahan oleh pihak imigresen pada 8 September 2021 kerana memiliki pasport tidak sah.

Ketika itu Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNHCR) dan memaklumkan dia mahu berhijrah ke Australia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain