suria

Dua tahun bekas isteri tak jenguk anak, Along Cham kesal dapat DM tuduh zalim tak bagi jumpa

Along bersama anak lelakinya, Danial.

PELAKON Along Cham mendedahkan dia menerima mesej kecaman daripada netizen yang menuduhnya bersikap zalim apabila melarang bekas isteri iaitu Zila Seeron bertemu dengan anak mereka.

Menyedari ada antara mereka tidak mengetahui cerita sebenar, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 38, menjelaskan Zila masih boleh bertemu anak, namun tidak dibenarkan untuk membawa keluar atau tidur di rumah atas perintah mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak Along (Cham) & Zila (AF4) Cerai Talak Satu

ARTIKEL BERKAITAN: Lima tahun menduda, Along Cham tak tutup pintu hati cari pasangan - “Kalau sampai jodoh esok lusa pun boleh kahwin”

Dalam hal ini, Along berkata dia masih boleh bertolak ansur jika dibandingkan dengan segelintir lelaki lain yang terus melarang bekas isteri yang disabitkan nusyuz untuk bertemu anak.

Along 2

Along dituduh zalim gara-gara didakwa larang bekas isteri bertemu anak.

"Ada netizen yang DM (mesej peribadi) saya cakap dapat info kata saya larang bekas isteri tengok anak, bawa anak keluar... mungkin mereka ini tidak faham sebab tidak mengikuti kes perceraian kami dahulu.

"Sebab dalam perintah mahkamah dia hanya dibenarkan melawat anak. Siapa yang ikuti kes kami ketika itu mesti mereka faham. Mungkin ada netizen yang baru follow, itu sebab mereka nampak saya zalim.

"Mereka pun tak baca cerita dari awal. Saya pun tak pernah cerita pada umum apa punca sebenar kami bercerai. Tapi saya tak pernah larang, pintu sentiasa terbuka.

Tapi saya tak pernah larang, pintu sentiasa terbuka.

ALONG CHAM

PELAKON

"Pada saya ramai juga yang faham hukum nusyuz. Saya ni kira masih berlembut, sesetengah lelaki mereka haram terus untuk berjumpa anak," kata Along kepada mStar.

Pelakon telefilem Hantu Kuat Ketawa itu ditemui ketika majlis pelancaran filem Zim Zim Ala Kazim di Restauran The 1985 Steak House, Empire Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Untuk rekod, Along pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Zila Seeron, 32, pada 23 Januari 2010 dan mempunyai seorang anak bernama Ahmad Danial, 10.

Pada 13 Ogros 2016, isteri pelawak itu ditahan sepasukan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas tuduhan khalwat.

Pasangan ini kemudian mengambil keputusan bercerai talak satu pada 29 Ogos 2016.

Along 1

Along mendakwa kali terakhir Zila bertemu anak sebelum perlaksanaan PKP.

Dalam pada itu, Along memberitahu kali terakhir bekas isterinya bertemu dengan anak mereka sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal tahun 2020.

"Kali terakhir dia datang jumpa anak sebelum PKP pertama. Mungkin dia ada alasan tersendiri kenapa tak datang tengok anak. Pintu rumah sentiasa terbuka untuk dia datang melawat.

"Saya pun dapat info dia sudah berumah tangga. Tapi dia ada berhubung dengan anak melalui telefon. Mungkin dia dah kahwin, dah ada anak... iyalah sibuk menjaga anak baru.

"Saya pun nak marah lebih-lebih pun tak boleh... takkan saya nak paksa dia datang tengok anak dia kan," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain