suria

Zul Ariffin hadiah kereta mewah kepada Gayatri sebagai tanda sayang, hargai hubungan lebih 10 tahun

Zul hadiahkan kereta buat Gayatri.

PELAKON Zul Ariffin menganggap pemberian sebuah kereta mewah kepada penerbit filem Gayatri Su-Lin Pillai sebagai hadiah dan penghargaan buat seseorang yang disayangi.

Kata Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 36, perkara itu bukanlah sesuatu yang salah kerana penerbit itu sudah dianggap seperti keluarga sendiri.

“Tidak salah berbuat begitu untuk seseorang yang kita hargai dan sayang. Dia seperti keluarga buat saya. Hubungan kami sangat rapat dan telah kenal lebih dari 10 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin mohon maaf kongsi video aksi ghairah, janji teliti bahan promosi sebelum ‘upload’

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin hadir ke SKMM, dua jam beri keterangan isu klip aksi ghairah

“Saya tahu dia suka kereta itu, apa salahnya sesekali memberikan hadiah sebegitu,” katanya kepada mStar.

Baru-baru ini, menerusi satu hantaran di laman sosial miliknya, Gaya berkongsi saat manis apabila menerima hadiah istimewa itu daripada pelakon filem Sangkar terbabit.

Perkara tersebut menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen yang menganggap hubungan cinta antara mereka kembali bertaut.

Apa yang penting dia gembira terima hadiah tersebut

ZUL ARIFFIN

PELAKON

Bagaimanapun, Zul ketika ditanya tentang itu memberitahu dia tidak ambil peduli dengan apa yang diperkatakan.

“Biarlah apa orang nak kata sekalipun. Apa yang penting dia gembira terima hadiah tersebut,” komennya ringkas.

Untuk rekod, Zul dan Gayatri pernah menjalinkan hubungan cinta pada tahun 2012, namun hubungan tersebut dilaporkan putus selepas dia bercinta dengan aktres Zahirah MacWilson.

Sementara itu, Zul turut diminta mengulas apabila dia menjadi bahan kritikan rakan-rakan dalam industri susulan kes video panas yang melibatkan dirinya yang tular sebulan lalu.

zul ariffin 22

Zul tidak ambil peduli jika ada yang kritik tentang dirinya.

Kata Zul, dia secara peribadi tidak akan memberi sebarang komen terhadap mana-mana rakan industri jika perkara sama terjadi kepada orang lain.

“Kritikan atau pujian tidak ada kena mengena dengan saya dan saya tidak ambil peduli. Saya hanya mahu bekerja dalam industri.

“Secara peribadi saya tidak akan memberi komen jika ia terjadi kepada orang lain. Simpan sahaja untuk diri sendiri,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain