suria

Anak Delimawati ditemukan meninggal dunia dalam kereta

Delimawati reda pemergian anak lelaki.

PELAKON Delimawati berkongsi berita sedih pemergian anaknya iaitu Zulfazli Jaafar pada petang Jumaat.

Menurut Delimawati, 63, anak lelakinya itu ditemui meninggal dunia dalam kereta di tepi jalan di Saujana Putra, Kuala Langat, Selangor.

Memetik laporan Harian Metro, menantunya memaklumkan Zulfazli sebelum itu keluar berjumpa rakan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rumah tiada, nak belanja pun tak ada duit” - Delimawati sedih artis senior hidup dalam kemiskinan di hujung kerjaya

ARTIKEL BERKAITAN: Asyik diminta jadi nenek dan hantu - Delimawati

"Dia beritahu isterinya nak keluar jumpa kawan, tapi apabila dihubungi dia tak jawab panggilan. Itu yang isterinya keluar cari dan tengok kereta ada di tepi jalan.

“Apabila isterinya periksa, dia sudah meninggal dunia dalam kereta," katanya.

Dengan anak-anaknya yang masih kecil. Pergilah sayang ibu reda. Semoga Allah menempatkan anak ibu di syurga

DELIMAWATI

PELAKON

Delimawati bagaimanapun tidak memaklumkan punca sebenar kematian anaknya itu.

Arwah dipercayai tidur di dalam kereta yang masih dihidupkan dengan penghawa dingin.

Jenazah Zulfazli dibawa ke Masjid Al-Amin, Taman Tenaga Puchong untuk disolatkan sebelum dikebumikan.

Delimawati

Delimawati kongsi berita pemergian anak tersayang.

Sebelum itu, Delimawati berkongsi mengenai pemergian anaknya itu menerusi laman Facebook.

"Allahuakbar. Berat sungguh dugaan Kau berikan di hujung Ramadan ini. Kau jemput satu-satunya anak lelaki yang aku tinggal.

"Dengan anak-anaknya yang masih kecil. Pergilah sayang ibu reda. Semoga Allah menempatkan anak ibu di syurga.

"Ya Allah Kau lapangkan kuburnya anakku Zulfazli Jaffar. Cantikkanlah rumah barunya. Ibu ampunkan segala-galanya. Tenanglah kamu di sana. Tunggu ibu ya sayang. Ibu akan menyusul nanti," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain