suria

Afieq Shazwan kerap pengsan kerana tekanan darah rendah, tak boleh terlalu penat bekerja

Terlalu sibuk dengan kerja sehingga Afieq kurang waktu rehat.

GARA-GARA jadual kerja terlalu padat dan kurang waktu berehat, penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan berkata, dia pernah jatuh pengsan pada awal Ramadan lalu.

Kata Afieq atau nama sebenarnya Muhamamd Afieq Shazwan Zamros, 25, dia juga mengalami masalah tekanan darah rendah dan kejadian itu bukan kali pertama berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak boleh nyanyi nada tinggi kesan Covid-19, Afieq Shazwan bimbang hilang punca rezeki

ARTIKEL BERKAITAN: Padam kenangan dengan bekas kekasih, Afieq Shazwan nekad bakar surat cinta - “Bertahun saya simpan tapi janji dimungkiri”

“Saya pengsan pada hari puasa kelima sebelum ini. Selepas makan sahur saya dah mula rasa pening dan tidak sempat sampai ke katil untuk berbaring saya dah pengsan.

“Kemudian saya pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun tidak ada masa untuk rehat lama, hanya sehari sahaja.

“Sebelum kejadian itu memang jadual saya padat dan hanya sempat tidur beberapa jam sahaja. Saya juga memang ada masalah tekanan darah rendah,” katanya kepada mStar.

Rasanya tahun-tahun sebelum ini saya banyak berbuka di set sahaja sehingga jarang dapat meluangkan masa bersama keluarga di bulan Ramadan

AFIEQ SHAZWAN

PELAKON/PENYANYI

Dalam sama, bagi memastikan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga, Afieq tidak mengambil banyak tawaran kerja sepanjang Ramadan lalu.

Pengalaman beberapa kali berbuka puasa di set penggambaran sebelum ini membuatkan Afieq nekad untuk lebih memilih tawaran kerja.

“Rasanya tahun-tahun sebelum ini saya banyak kali berbuka di set sahaja sehingga jarang dapat meluangkan masa bersama keluarga di bulan Ramadan.

Terlalu sibuk dengan kerja sehingga Afieq kurang waktu rehat.

Afieq luangkan lebih banyak masa bersama keluarga pada bulan Ramadan dan Syawal tahun ini.

“Jadi tahun ini memang saya tidak terima banyak tawaran kerja. Saya juga perlu berehat dan memberi tumpuan kepada keluarga.

“Bulan Ramadan boleh kita gunakan sebaik mungkin untuk bersama keluarga,” jelasnya.

Sementara itu sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini pula, Afieq mengambil cuti selama dua minggu supaya dapat pulang ke kampung di Muar, Johor.

Menurut Afieq selapas dua tahun tidak dapat merasakan suasana meriah berhari raya, ini adalah masa untuk dia berjumpa saudara-mara.

“Cuti raya inilah peluang untuk saya bawa keluarga berjalan-jalan. Saya menyambut hari raya di kampung nenek di Muar, Johor.

“Selalunya memang saya jarang bersama keluarga. Rumah bagaikan hotel untuk tempat singgah tidur sahaja,” ujarnya.

Artikel Lain