suria

Mawi akui tak culas beri nafkah walaupun isteri keluar modal untuk buat filem

Mawi akui Ekin banyak mengeluarkan modal untuk pembikinan filem.

PENYANYI Mawi mengakui isterinya iaitu Ekin Rahmat dan adik ipar, Ain banyak mengeluarkan modal untuk filem yang diterbitkan syarikat miliknya iaitu Mawi World Entertainment.

Bagaimanapun, menurut Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, kesenangan yang dimiliki isterinya tidak menjadikan dia culas dalam memberi nafkah sebagai seorang suami,

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Mawi sentiasa berterus terang dengan isteri, tak malu dicop ‘suami takut bini’

"Memang isteri saya banyak support dari segi duit. Macam untuk filem pun dia dan Ain banyak keluarkan modal. Tapi itu dari segi perniagaan la.

Mawi 2

Mawi dan isteri bersama anak mereka.

"Tapi dari segi kehidupan peribadi itu tidak la... duit kita, duit dia. Duit dia, duit dia. Itu dikira nafkah la, sebagai suami memang kena bagi.

"Walaupun isteri kita ini kaya-raya ke, tapi nafkah kita tetap kena beri juga," kata Mawi kepada mStar.

Menerusi temu bual bersama mStar sebelum ini, Mawi mengakui dia tidak kisah digelar 'suami takut bini' kerana ia membawa maksud menghormati wanita itu sebagai isteri.

Dalam pada itu, Mawi bakal tampil dengan filem inspirasi kisah benar kehidupan pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias yang dijangka menemui penonton di platform Astro First sekitar Oktober depan bersempena sambutan Maulidurrasul.

Walaupun isteri kita ini kaya-raya ke, tapi nafkah kita tetap kena beri juga.

MAWI

PENYANYI

Menurut juara Akademi Fantasia musim ketiga itu, idea menterjemahkan kisah benar pendakwah berkenaan berlaku secara kebetulan ketika Mawi bertemu Kazim di konti radio Zayan beberapa bulan lalu.

Kata suami kepada Ekin Rahmat itu, sepanjang pertemuan itu dia banyak bertanya kepada pendakwah berkenaan banyak hal termasuk kisah ujian hidupnya.

"Saya fikir banyak pengalaman dan kisah menarik beliau boleh dijadikan iktibar dan inspirasi. Mungkin penonton dan rakyat Malaysia boleh belajar sesuatu daripada kisah hidupnya.

Mawi 1

Mawi bakal tampil dengan filem berdasarkan kisah Ustaz Kazim.

"Saya fikir ujian yang saya lalui sudah cukup besar, tapi sebenarnya ujian Ustaz Kazim lagi hebat. Apabila kita rasa sudah teruk berdepan ujian hidup, sebenarnya ada lagi orang lain yang lebih hebat diuji.

"Ujian diturunkan Allah itu juga tanda Dia menyayangi kita. Allah takkan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan kita sendiri. Dalam kehidupan ini, tidak selalunya indah ada kala kita akan berdepan ujian, cabaran dan dugaan di luar jangkaan yang akan menguji diri," ujarnya.

Filem diterbitkan Mawi World Entertainment dan AH 77 itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Ustaz Kazim sendiri, Anas Tahir, Santesh, Along Cham, Zarina Anjoulie, Syanie Hisham dan ramai lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain