DUA minggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangkitan kuman pada paru-paru, dramatis Aripah Damanhuri kini menunjukkan perkembangan positif. Adiknya yang juga pelakon veteran Normah Damanhuri, 68, berkata, biarpun belum sedar sepenuhnya, namun kakaknya itu memberi respons setiap kali dipanggil. "Keadaan dia sekarang sangat membimbangkan juga. Tapi saya memang tidak berhenti berdoa la minta pada Allah semoga dia dipanjangkan usia dan minta keajaiban. ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM ‘block’ Normah Damanhuri di IG... Risau ibu murung dituduh tak pandai jaga anak! ARTIKEL BERKAITAN: Normah Damanhuri pernah dibayar rendah, tiada alasan naik harga! "Semalam saya ada pergi ke hospital untuk melawat dia yang masih di tempatkan di ICU. Alhamdulillah, bila saya panggil dia buka mata dan saya cakap dengan dia pun ada respon... tangan dia bergerak, mata pun terbuka sikit. "Saya memang tetap berharap untuk dia kembali sihat. Itulah harapan saya dan anak-anaknya. InsyaAllah semua kuasa Allah," kata Normah kepada mStar. Normah (kiri) bimbang keadaan kesihatan kakaknya iaitu Aripah. Normah ditemui ketika majlis pratonton dan sidang media filem Tiga Janda Melawan Dunia di GSC Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya, pada Selasa. Pada 23 April lalu, Aripah Damanhuri, 73, dimasukkan ke HKL kerana paras oksigen menurun dan terpaksa ditidurkan selepas disyaki mendapat jangkitan kuman dalam paru-paru. Dia masih dirawat di ICU, jadi tak boleh ada penjaga... hanya sekadar datang melawat saja mengikut waktu yang ditetapkan NORMAH DAMANHURI PELAKON Anaknya, Nurpais memaklumkan Aripah dipakaikan topeng dan ventilator biasa selain semua jenis ubat penguat jantung sudah dihentikan. Malah, organ-organ pelakon itu juga semakin sembuh daripada jangkitan kuman. Aripah mula tunjuk perkembangan positif. Dalam pada itu, Normah berkata biarpun lega dengan perubahan positif itu namun dia tetap memikirkan keadaan kakaknya setiap malam. "Dia masih dirawat di ICU, jadi tak boleh ada penjaga... hanya sekadar datang melawat saja mengikut waktu yang ditetapkan. Tapi setiap malam saya teringin dan terfikirkan keadaan dia. "Ikutkan sebelum ini tak boleh pun melawat... dua hari lepas baru boleh datang melawat. Saya ada tanya jururawat yang menjaga dia, macam mana keadaan dia... jururawat itu kata InsyaAllah boleh sembuh," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI