suria

Dituduh cuba dekati Norman Hakim, suami Abby Abadi tak cemburu… Sudah biasa bergurau, tahu jaga batas

Abby dan Norman kekal hubungan baik demi anak-anak.

ENGGAN cepat melatah, suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria menganggap hubungan antara isterinya dengan bekas suami iaitu Norman Hakim tidak melampaui batas.

Faizal atau mesra disapa Jai berkata, dia juga tidak pernah berasa cemburu dengan keakraban hubungan kedua-duanya.

"Kami yang berada dalam circle ini tahu apa yang berlaku. Jika ada gurauan antara Abby dan Norman, itu adalah perkara normal. Saya juga tidak pernah rasa cemburu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima tahun berkahwin, suami Abby Abadi akui gagal jadi yang terbaik - “Aku menangis fikir diri ini serba kekurangan”

ARTIKEL BERKAITAN: Memey Suhaiza 'hint' Norman Hakim, luah hasrat tambah tiga anak sebelum umur 40 tahun

"Orang yang memberi komen itu hanya mahukan perhatian. Saya dan Abby hanya tersenyum apabila membacanya," katanya ketika dihubungi mStar.

Jai diminta mengulas tentang komen jahat netizen yang menuduh Abby cuba mendekati Norman semula gara-gara memuat naik foto menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama.

Dalam pada itu, Jai berkata, dia dan isteri tidak mengambil serius tentang komen negatif netizen kerana mereka lebih memberi fokus terhadap masa depan anak-anak.

abby abadi 1

Keluarga besar Norman Hakim.

Bagi Jai, baik Abby dan Norman, masing-masing kini sudah mempunyai kehidupan peribadi sendiri dan bahagia bersama keluarga mereka.

"Jika nak fikirkan masalah komen netizen ini secara serius, masalah tidak akan selesai. Jadi biarkanlah mereka nak bercakap. Bukan senang nak tutup mulut semua orang.

"Abby dan Norman sudah lama berpisah. Lebih baik sekarang ini kita semua beri fokus kepada masa depan anak-anak," ujarnya.

Sementara itu, Jai berkata, dia menyokong hubungan baik antara Abby dan Norman demi kepentingan anak-anak mereka.

Abby dan Norman sudah lama berpisah. Lebih baik sekarang ini kita semua beri fokus kepada masa depan anak-anak

MUHAMMAD FAIZAL

"Saya tidak mahu Abby dan Norman bermasam muka disebabkan perceraian mereka kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada anak-anak. Kalau boleh jangan ada sikap benci dalam diri anak-anak.

"Dalam rumah tangga kami memang tiada rahsia. Abby akan beritahu jika mahu keluar bersama Norman dan Memey. Saya tidak ada masalah kalau mereka meluangkan waktu bersama. Kami juga selalu pergi bercuti sama," jelasnya.

Hubungan rapat Abby dan Norman menjadi pertikaian netizen sehingga ada yang menganggap kedua-dua mereka masih menyimpan perasaan meskipun sudah lama berpisah.

abby abadi 2

Abby juga rapat dengan Memey.

Untuk rekod Abby dan Norman 2002 tetapi bercerai pada 2009 dan mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 19, Marissa Dania Hakim, 17, dan Danisha Hakim, 14.

Abby kemudian mendirikan rumah tangga dengan Jai pada Ogos 2015 dan dikurniakan seorang anak yang dilahirkan secara pra-matang namun meninggal dunia selepas 70 hari menerima rawatan.

Sementara itu Norman pula berkahwin kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada September 2011 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain