suria

[VIDEO] Fazura terima jambangan bunga daripada suami, syukur dapat rasa dihargai... Terus hilang penat bekerja

Fazura syukur rasa dihargai.

SWEET! Pelakon Nur Fazura berkongsi video menerima kejutan sejambak bunga daripada suaminya aktor Fattah Amin sempena Hari Ibu baru-baru ini.

Menerusi perkongsian itu, Fattah turut menitipkan kata-kata manis yang membuatkan Fazura terharu dan rasa dihargai.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura cerewet terima ‘job’ untuk Fatima, bukan main tangkap muat - “Sudah tentu kami pentingkan jenama dan mesej”

“Pulang ke rumah dari tempat kerja dan ternampak ini (jambangan bunga). Terima kasih banyak-banyak suamiku. Sayang awak hubsbaby.

"Rasa hilang terus penat tadi. Begitu syukur bila dapat rasa dihargai. Alhamdulillah, masya-Allah tabar-akallah,” tulisnya.

Menerusi perkongsian itu, Fattah mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang banyak berkorban untuk dia dan anak mereka.

“Selamat Hari Ibu buat isteriku yang tercinta. Ibu kepada anakandaku Fatima.

Rasa hilang terus penat tadi. Begitu syukur bila dapat rasa dihargai

NUR FAZURA

PELAKON

“Terima kasih mommy selalu jaga saya dan Fatima. Semoga mommy selalu dalam lindungan-Nya, berjaya dunia akhirat dan sihat selalu.

“Saya sayangkan awak hingga Jannah. Semoga akan selalu menjadi isteri dan mommy yang terbaik untuk keluarga kita," tulis Fattah.

Fattah dan Fazura berkahwin pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima yang kini berusia dua tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain