KERAP menerima pertanyaan mengenai sumber pendapatan, penyanyi nasyid Suhaimi Saad mengakui dia tidak gemar berkongsi perkara itu secara umum. Bagaimanapun, Suhaimi menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok berkata dia terpaksa membuat penjelasan soal itu agar netizen berhenti bertanyakan soalan sama. ARTIKEL BERKAITAN: "Jangan dilembukan orang"... PU Syed minta polis siasat tuduhan melampau Suhaimi Saad "Sebenarnya SS (Suhaimi Saad) tak suka sangat bercerita fasal pendapatan, gaji semua pada orang. Tapi ramai sangat tanya fasal ini. Suhaimi mempunyai banyak sumber pendapatan. "Kalau SS buat live pun, ramai penonton tanya ‘abang kerja apa, abang buat apa sekarang, abang tak kerja ke?’ Bila SS cerita, harap tak ada lagi orang bertanya," katanya. Menurut penyanyi berusia 41 tahun ini, dia juga mempunyai sumber pendapatan dari hasil kutipan ’royalti’ yang diterima menerusi lagu nyanyian dan ciptaannya. Biarpun kutipan itu tidak sampai ratusan ribu ringgit, namun bekas anggota kumpulan In-Team ini masih mampu menampung pembelanjaan isteri iaitu Ina Naim dan anak-anak dalam tempoh beberapa bulan. "Kalau korang pergi dekat Google, taip Suhaimi Saad akan keluar gambar SS dan tulis penyanyi. Alhamdulillah saya dah menyanyi dari 2000 hingga sekarang. Ada lebih 10 buah album termasuk bersama In-Team dan solo serta kompilasi. Untuk mingguan, saya mengajar anak-anak mula dari Ahad hingga Khamis. SUHAIMI SAAD PENYANYI NASYID "Jadi setiap lagu yang diputarkan di radio, TV, pusat karaoke dan sebagainya, ada pihak akan kutip royalti dan bayar. Termasuk penyanyi, penulis lirik, pencipta lagu dan juga pemuzik. SS dapat tiga la dari empat itu... sebab tak main muzik. "Jadi royalti ini dibayar secara tahunan, dua kali setahun. Tak ada la sampai ratusan ribu tapi kalau kita pandai berjimat Insya-Allah cukup untuk beberapa bulan. "Kalau SS meninggal dunia nanti, royalti ini akan bayar kepada waris iaitu Ina Naim dan anak-anak. Itu SS boleh katakan sebagai pendapatan bulanan," ujarnya. Dalam pada itu, penyanyi lagu Kias Cinta ini turut memberitahu dia juga membuat kelas mengaji Al-quran dengan meletakkan yuran bayaran sebanyak RM100 selain memberikan khidmat urutan dan perniagaan secara talian bersama isteri. Suhaimi masih mampu tanggung keluarganya. "Untuk bulanan sebelum ini, saya buat kelas Al-quran belah malam, sebab siang SS mengajar anak-anak dan ada urusan lain. "Katakan seorang baca Al-quran, secara online mengaji, dia bayar RM100, kalau ada lima orang murid, maknanya ada RM500 sebulan. "Untuk mingguan, saya mengajar anak-anak mula dari Ahad hingga Khamis. Jadi Jumaat dan Sabtu cuti. Bila cuti, saya buat khidmat urut... pernah viral. "Katakan satu hari tiga orang dan darab RM100 jadi RM300 sehari. Dua hari boleh dapat hingga RM400. Itu pendapatan mingguan. Pendapatan harian pula saya ada buat bisnes online bersama Ina," katanya. Untuk rekod, Suhaimi berkahwin dengan Ina Naim pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI @mosusofficial Reply to @simasejati0 #pendapatan #kerja #royalti #gaji #duit ♬ original sound - Suhaimi Saad