BERSYUKUR dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus, pengacara Nana Mahazan memberitahu dia kini masih mengimbangkan karier dalam bidang seni dan perniagaan. Menurut Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan, dia dalam perancangan untuk mengelilingi Malaysia bagi menganjurkan kelas membina keyakinan diri. ARTIKEL BERKAITAN: Hilang keyakinan diri, Nana Mahazan menangis setiap hari tengok muka naik jerawat Tidak mengenakan sebarang bayaran, pengacara berusia 38 tahun itu berkata dia akan berkongsi pengalamannya selama 19 tahun berada dalam industri. Nana mahu kongsi pengalamannya dalam industri selama 19 tahun. "Saya memang tengah mengimbangkan kehidupan sebagai usahawan dan pengacara TV. Alhamdulillah, saya masih diberikan rezeki dan peluang untuk menjadi pengacara. "Jiwa seni itu masih lagi mengalir dalam diri saya dan bakat saya pun masih diperlukan. Bukan itu saja, saya juga dalam perancangan pusing satu Malaysia untuk mengajar secara percuma. "Saya mahu buka kelas bina keyakinan diri dan cara komunikasi yang betul. Saya akan kongsikan pengalaman 19 tahun dalam industri," kata Nana kepada mStar. Alhamdulillah, saya masih diberikan rezeki dan peluang untuk menjadi pengacara. NANA MAHAZAN PENGACARA TV Nana memberitahu dia akan berkongsi perkembangan mengenai perancangannya itu menerusi laman sosial miliknya. Dalam pada itu, pengacara program Mic On! ini melahirkan rasa syukur apabila produk kecantikannya mendapat maklum balas yang baik daripada pengguna. Nana berkata dia menceburi perniagaan kosmetik bukanlah untuk mengaut keuntungan, sebaliknya dia berniat membantu ramai wanita untuk memiliki kulit yang cantik selain dapat menjana pendapatan sampingan. Nana pernah alami masalah kulit. "Alhamdulillah, produk kecantikan saya mendapat maklum balas yang baik. Saya pernah alami masalah breakout muka yang sangat teruk. Saya jumpa satu produk yang baik dan syukur okay. "Tapi saya tahu bukan semua orang mampu nak beli produk berkualiti tinggi dengan harga yang mahal. Jadi, dari situ saya dapat idea untuk hasilkan produk yang kualiti tinggi tapi harga mampu milik," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI