suria

Ayie Floor88, isteri bakal timang cahaya mata perempuan, sudah cipta IG untuk anak pertama

Ayie dan isteri kongsi jantina bayi sulung mereka dalam sebuah majlis.

BAKAL melahirkan cahaya mata pertama, vokalis kumpulan Floor88 iaitu Ayie Elham bersama isteri iaitu Tasha Awie mengadakan majlis ‘gender reveal’ pada malam Jumaat.

Menerusi perkongsian video dan foto di Instastory Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, pasangan itu bakal menyambut kelahiran bayi perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jantina anak masih samar-samar, Ayie Floor88 mahu jadikan kejutan

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hampir menangis mengidam nak makan kuih raya tengah malam, Ayie Floor88 gagahkan diri cari sampai dapat

Penyanyi berusia 24 tahun itu bersama isterinya mendedahkan jantina bayi pertama mereka dengan meletup belon hitam dan disertakan dengan serbuk berwarna merah jambu.

Ayie Elham

Ayie bersama isterinya, Tasha Awie.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan rakan-rakan serta ahli keluarga pasangan itu.

Malah, penyanyi lagu Hutang itu akan memuat naik video sepanjang majlis tersebut menerusi saluran YouTube mereka.

Ayie dan isteri juga sudah membuat akaun Instagram rasmi untuk bakal puteri sulung mereka yang menggunakan nama Aetajunior.

Usia kandungan isteri Ayie kini sudah mencecah empat bulan.

Ayie dan isteri teruja bakal timang bayi perempuan.

Menerusi laporan mStar pada awal Mac lalu, Ayie mengakui isterinya sudah melakukan pemeriksaan jantina bayi mereka namun masih samar-samar.

Bagaimanapun, Ayie hanya mahu mengetahui sama ada bayi perempuan atau lelaki ketika usia kandungan isterinya sudah mencecah lapan bulan.

Untuk rekod, Ayie mendirikan rumah tangga dengan Tasha Awie atau Nur Natasha Awi pada 20 Oktober tahun lalu dan isterinya dijangka bersalin pada sekitar Ogos atau September.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain