PUAS melihat hasil kerja sendiri melakonkan babak aksi dalam filem, pelakon Farali Khan mengakui selesa jika terus diberikan watak sedemikian dan mahu dikenali sebagai pelakon aksi di Malaysia. Farali, 33, bagaimanapun berkata dia tidak menolak jika diberikan cabaran membawakan watak berbeza selagi mana ia sesuai untuk dilakonkan. "Filem aksi memberi kepuasan kepada saya. Walaupun proses penggambaran sukar sehingga banyak berlaku kecederaan, tetapi apabila melihat hasilnya saya rasa gembira. ARTIKEL BERKAITAN: Noki turun berat badan 7 kg demi kerjaya lakonan, boleh ‘belanja’ jika diminta buka baju "Mungkin ada sesetengah pelakon tidak kisah menerima tawaran drama dan filem, tetapi secara peribadi saya lebih memilih untuk berlakon filem. "Saya juga tiada masalah untuk menerima watak lain yang bersesuaian. Apa yang penting saya selesa untuk melakukannya," katanya kepada mStar. Farali ditemui ketika sidang media filem terbaharu lakonannya berjudul War On Terror yang bakal memulakan penggambaran minggu ini. Farali pernah aktif dalam sukan tinju. Disebabkan minatnya melakukan babak aksi, adik kepada pelakon Miller Khan ini sudah biasa mengalami kecederaan ketika di lokasi. Farali yang memulakan kerjaya sebagai seorang petinju di Indonesia memberitahu awalnya ia adalah sekadar hobi yang kini sudah menjadi sebati dengan jiwanya. "Dahulu saya aktif dalam sukan tinju dan banyak menyertai pertandingan. Berlawan di gelanggang sebenarnya membantu saya untuk cabar kekuatan mental dengan kemahiran yang betul. "Kecederaan ketika berlakon sudah biasa saya alami. Badan saya dah penuh dengan lebam kalau terlibat dengan penggambaran. Paling teruk saya pernah cedera pada bahagian rahang (dislocated) sehingga tak boleh nak bercakap dengan betul untuk beberapa jam sebelum menerima rawatan," ujarnya. Mungkin ada sesetengah pelakon tidak kisah menerima tawaran drama dan filem, tetapi secara peribadi saya lebih memilih untuk berlakon filem FARALI KHAN PELAKON Seperti filem-filem terdahulu, Farali tidak mengambil sebarang rujukan dari mana-mana watak pelakon lain kerana lebih suka menonjolkan diri sebenar dalam lakonan. "Setiap kali penggambaran saya tidak ambil mana-mana watak lain sebagai rujukan. Sebaliknya saya akan berjumpa dengan pengarah dan berbincang apa yang dia mahukan untuk sesuatu watak. Bersama pelakon dan kru produksi War On Terror. "Saya lebih suka bawa diri sendiri dan tonjolkan kemampuan yang ada dalam lakonan. "Sebagai persediaan berlakon filem aksi saya akan amalkan pemakanan sihat dan seimbang. Bukan hanya membantu untuk jaga stamina tetapi ia juga dapat memberi bentuk badan yang lebih menarik," jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI