suria

Isu iklan produk kesihatan, Aznil hormati pandangan Dr Rafidah... Boleh tegur tapi jangan sampai hina artis

Aznil hormat tindakan Dr Rafidah memberi teguran kepada selebriti berhubung promosi produk kesihatan.

TINDAKAN pakar perubatan Dr Rafidah Abdullah menegur artis berhubung iklan mempromosikan produk kesihatan turut menarik perhatian pengacara Datuk Aznil Nawawi.

Menghormati pandangan pengamal perubatan terkenal itu, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil memberi pesanan kepada selebriti yang dilantik sebagai duta agar mempunyai pengetahuan mengenai produk yang ingin dipromosikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pak Nil tegur pengacara dan tetamu program TV jaga sensitiviti, boleh ‘provoke’ tapi perlu hati-hati

Dalam masa sama, pengacara berusia 59 tahun ini turut meminta tiada pihak yang menghina golongan selebriti yang menjadi duta kepada sesuatu produk.

Aznil pengguna tegar makanan tambahan dan suplemen.

Aznil berharap tiada pihak hina selebriti yang menjadi duta atau keluarkan produk kesihatan.

"Saya hormat tindakan Dr Rafidah beri teguran kepada artis yang mewakili atau mengeluarkan sesuatu produk kerana sekurang-kurangnya kita ada pemantau dan mata-mata. Namun, jangan hina artis kerana mereka perlukan sumber pendapatan.

"Dalam masa sama pengetahuan mengenai produk serta kesannya juga penting. Setiap artis yang bertindak sebagai duta atau mengeluarkan produk (khususnya suplemen kesihatan) tak boleh kata produk mereka boleh menyembuhkan sesuatu penyakit.

"Sebab akan menyebabkan pesakit tidak mahu jumpa doktor lagi. Saya yang kini bertindak sebagai duta suplemen kesihatan selalu mengingatkan kepada orang awam supaya jangan tinggalkan ubat doktor dan temu janji hospital.

Dalam masa sama pengetahuan mengenai produk serta kesannya juga penting.

AZNIL NAWAWI

PENGACARA

"Setiap individu tidak boleh culas soal ini. Ubat adalah benda yang menyembuhkan manakala suplemen adalah untuk mempercepatkan penyembuhan dan bukan menyembuhkan," katanya.

Aznil ditemui ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu Eskayvie, iQids yang diadakan baru-baru ini.

Sebelum ini, Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah tampil menegur penyanyi dan pengarah, Mawi berhubung iklan promosi produk kesihatan.

Rafidah, menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya berkata, tindakan Mawi yang mendakwa ada ahli keluarganya telah merasai perubahan selepas meminum jus berkenaan adalah salah di sisi undang-undang.

Aznil Nawawi

Aznil di pelancaran produk terbaharu Eskayvie.

Menerusi kenyataan sama di Twitter, Rafidah turut memuat naik iklan promosi produk minuman kesihatan berkaitan yang didakwa mampu mengurangkan masalah penyakit buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan kolestrol.

Dalam pada itu, Aznil yang juga duta kepada produk kesihatan memberitahu dia sememangnya seorang pengguna tegar makanan tambahan serta suplemen.

"Kalau saya memang pengguna tegar makanan tambahan dan suplemen, kerana saya sedar gaya hidup dan pemakanan seperti pengambilan sayur dan buah tidak mencukupi menyebabkan saya memerlukan nutrisi sokongan," ujarnya

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain