suria

Haze Huzir selar influencer suka undang kecaman, anggap golongan malas nak berfikir

Haze anggap content creator yang cipta kontroversi adalah golongan pemalas.

PERNAH mengendali program viral, bekas pengacara Hazeman Huzir atau dikenali sebagai Haze menganggap pencipta kandungan yang mencetuskan kontroversi merupakan golongan pemalas.

Haze atau nama sebenarnya Mohamed Hazeman Huzir berkata banyak lagi cara untuk membuatkan sesuatu isu itu tular tanpa mengundang kecaman daripada netizen di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun merempat, Pakcik Kasim kini tak boleh jual dadih pula!- “Kalau rasa ada orang tak selesa, dia pindah masjid lain”

Biarpun sudah berulang kali memberi nasihat, namun bekas pengacara program Motif Viral itu berkata sukar untuk mengubah pemikiran golongan tersebut.

Haze

Haze kata banyak lagi cara untuk viralkan sesuatu isu.

"Pada saya, content creator yang suka buat viral untuk dapatkan sensasi adalah golongan pemalas. Sebab mereka malas nak fikir.

"Sebenarnya boleh saja keluarkan sikit sel otak untuk fikir sikit saja. Sebab nanti akan tahu macam mana nak viralkan sesuatu isu tanpa dikecam.

"Benda boleh dibuat, sebab saya pun pernah buat banyak kali... jadi, jangan malas sangat. Saya boleh kata jangan, tapi susah nak ubah pemikiran orang," katanya kepada mStar.

Haze yang juga seorang influencer dan YouTuber ditemui ketika sidang media Misi Kemanusiaan Afrika di Red Card Cafe, Bandar Baru Bangi, baru-baru ini.

Apa yang mereka lakukan sebab ada demand daripada kita.

HAZE HUZIR

CONTENT CREATOR

Seramai tujuh orang ikon popular termasuk Haze bakal terbang ke Tanzania, Afrika Timur bermula 6 Julai sehingga 19 Julai bagi menyertai misi kemanusiaan anjuran Pertubuhan Impak Prihatin Malaysia atau Impactive Malaysia (IM).

Misi kemanusiaan yang memberikan fokus kepada pembangunan pendidikan dan ekonomi itu merupakan kunjungan kedua IM ke Afrika selepas lima tahun.

Selain Haze, enam selebriti yang akan turut serta terdiri daripada barisan personaliti TV, usahawan dan bintang sosial media iaitu Nadzmi Adhwa, Farah Lee, Akhi Fairuz, Que Yahaya, Nazirul dan Aiman Hakim dari Isosynergy Holdings Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Haze memberitahu banyak perbezaan kandungan viral dahulu dan kini selepas program yang pernah dikendalinya itu sudah tiada.

Haze

Haze hanya mampu memberi nasihat namun tidak dapat ubah pemikiran orang lain.

Menurut Haze, kandungan viral yang melampau disebabkan permintaan netizen yang gemar memberi pandangan tanpa diminta.

"Banyak sangat beza viral dahulu dan sekarang. Sejak Motif Viral tak ada, makin teruk... macam-macam content melampau. Bagi saya, sebenarnya salah kita semua.

"Saya faham, cara kerja dan fikiran mereka (content creator). Apa yang mereka lakukan sebab ada demand daripada kita. Content creator seperti sebuah perniagaan.

"Selagi ada permintaan, selagi itu dia akan beri. Rakyat Malaysia suka beri pendapat walaupun tak ada siapa minta. Maka, keluarkan satu benda viral untuk minta pendapat," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain