suria

Nadzmi Adhwa dedah isteri tak boleh tengok orang susah, keluar duit poket RM10,000 bantu mangsa banjir

Nadzmi belajar tentang keikhlasan daripada Ardell.

TIADA perasaan ragu-ragu memberi bantuan, pelakon Nadzmi Adhwa mendedahkan isterinya iaitu aktres Ardell Aryana pernah berhabis RM10,000 daripada wang simpanannya untuk bantu keluarga mangsa banjir.

Aktif dalam misi bantuan di Malaysia dan luar negara, Nadzmi atau Nadzmi Adhwa Nor Adzmi berkata dia juga banyak belajar tentang keikhlasan daripada isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ardell Aryana sertai misi bantuan di Sabah, Nadzmi Adhwa baru sedar susah jaga anak tanpa isteri - “Berpeluh-peluh macam joging nak bagi susu”

ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas mangsa banjir minta Ardell Aryana datang semula, nak balas budi dengan buah hasil pokok depan rumah

"Isteri saya ini, kalau nampak orang susah dia mesti akan terus bantu. Dia pernah habiskan RM10,000 untuk bantu keluarga miskin... dia memang tak berkira soal duit.

Nadzmi Adhwa

Nadzmi dan Ardell percaya pada rezeki.

"Macam saya, akan fikir terlalu banyak duit itu, tapi berbeza dengan dia. Isteri saya punya ikhlas boleh beri banyak itu, kalau saya ikhlas hanya RM500 saja.

"Tapi kami percaya pada rezeki, sebagai contoh, kami pernah habiskan RM30,000 untuk bantu mangsa banjir. Sehari selepas itu, kami dapat semula jumlah duit itu," katanya kepada mStar.

Nadzmi menjelaskan RM10,000 itu terbahagi kepada RM5,000 pakaian serta barang keperluan dan sebahagiannya lagi untuk pembelanjaan mereka sekeluarga.

Isteri saya ini, kalau nampak orang susah dia mesti akan terus bantu.

NADZMI ADHWA

PELAKON

Pelakon berusia 29 tahun itu ditemui ketika sidang media Misi Kemanusian Afrika di Red Card Cafe, Bandar Baru Bangi, baru-baru ini.

Seramai tujuh orang ikon popular termasuk Nadzmi bakal terbang ke Tanzania, Afrika Timur bermula 6 Julai sehingga 19 Julai bagi menyertai misi kemanusiaan anjuran Pertubuhan Impak Prihatin Malaysia atau Impactive Malaysia (IM).

Misi kemanusiaan yang memberikan fokus kepada pembangunan pendidikan dan ekonomi itu merupakan kunjungan kedua IM ke Afrika selepas lima tahun.

Selain Nadzmi, enam ikon yang akan turut serta terdiri daripada barisan selebriti, personaliti TV, usahawan dan bintang sosial media iaitu Hazeman Huzir, Farah Lee, Akhi Fairuz, Que Yahaya, Nazirul dan jAiman Hakim dari Isosynergy Holdings Sdn Bhd.

Nadzmi Adhwa

Nadzmi bersama isteri dan anak mereka.

Bakal meninggalkan keluarga selama dua minggu, Nadzmi berkata anaknya iaitu Arwa Malaika akan dijaga oleh Ardell.

"Setiap hari anak dengan saya dan isteri. Kami pun ada bisnes sendiri, jadi memang selalu anak dengan kami cuma kadang-kadang kalau ada kerja luar saja.

"Insya-Allah saya pun akan ke Afrika untuk misi bantuan di sana pada Raya Aidiladha nanti selama dua minggu. Sepanjang saya di sana, isteri la yang akan jaga anak kami.

"Sebelum ini, isteri banyak sertai misi bantuan, jadi kali ini giliran saya pula. Isteri pun tak kisah akan sambut raya tanpa saya," ujarnya.

Untuk rekod, Nadzmi mendirikan rumah tangga dengan Ardell pada 1 September 2019 dan dikurniakan cahaya mata perempuan pada 5 Jun 2020.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain