suria

Adibah Noor meninggal dunia

Adibah dikatakan sudah lama mengidap kanser.

SELEBRITI terkenal Adibah Noor disahkan meninggal dunia sekitar pukul 7.40 malam, Sabtu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Berita sedih itu disahkan oleh rakan selebriti yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal iaitu Datin Emylia Rosnaida.

Bagaimanapun, Emylia ketika dihubungi mStar tidak dapat berkongsi lebih lanjut maklumat mengenai pemergiaan Adibah Noor.

"Ya... memang betul Adibah Noor sudah meninggal dunia di hospital. Saya dapat maklumat daripada isteri Datuk Zainal Abidin. Sebab kami sama-sama rapat dengan arwah.

Adibah disahkan meninggal dunia pada Sabtu.Penampilan Adibah yang semakin kurus.

"Arwah meninggal dunia tadi. Saya dan suami dalam perjalanan ke hospital. Ikutkan kami tahu punca dia meninggal tapi tak berani nak kongsi," katanya kepada mStar.

Dipercayai dia menghidap akibat kanser ovari.

Sebelum ini, penampilan terbaharu Adibah, 52, yang dilihat semakin kurus di Instagram berbanding sebelum ini mencuri tumpuan ramai.

Adibah atau nama penuhnya Adibah Noor Mohd Omar bagaimanapun enggan mendedahkan berapa berat badannya sekarang ini termasuk jumlah kilogram yang berjaya diturunkan dalam tempoh dua bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Semakin kurus! Adibah Noor amalkan 6 suap setiap kali makan... Jaga kesihatan kerana faktor usia

Ikutkan kami tahu punca dia meninggal tapi tak berani nak kongsi.

TODD

PENGURUS ADIBAH

Dalam pada itu, pengurus kepada Adibah memberitahu arwah mengalami sesak nafas secara tiba-tiba sebelum meninggal dunia.

Menurut pengurusnya yang dikenali sebagai Todd, Allahyarham sudah lama menghidap kanser, namun perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Adibah Noor derita kanser ovari, baru selesai jalani pembedahan

"Arwah tiba-tiba sesak nafas dan meninggal di hospital... dia memang dah beberapa hari dirawat di hospital.

"Arwah memang ada sakit kanser, tapi tak boleh nak kongsi lebih lanjut. Buat masa ini jenazah masih di hospital dan akan dibawa ke rumahnya di Keramat (Kuala Lumpur)," katanya ketika dihubungi mStar.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Al Ansar, Keramat pukul 9 pagi untuk dimandikan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai sekitar pukul 10.30 pagi Ahad.

ADIBAHAdibah menduduki tempat keempat GV8.

Menerusi laporan mStar pada 9 April lalu, Adibah meluahkan rasa syukur apabila dapat membayar hutangnya menggunakan hasil wang kemenangan di program Gegar Vaganza 8 (GV8).

Menurut penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu, biarpun dalam nilai yang sedikit, namun sekurang-kurangnya dia berusaha untuk tunaikan hajatnya itu sekali gus meringankan beban sendiri.

Menerusi program GV8, arwah mendapat tempat keempat manakala penyanyi Aliff Aziz menjadi juara dan Nikki Palikat ditempat kedua serta Suki Łow menduduki temat ketiga.

Pada awal kerjaya, Adibah pernah menjadi guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah di Petaling Jaya, Selangor.

Selain menyanyi, Adibah juga banyak berlakon drama dan filem tempatan antaranya Sepet, Gubra, Mukhsin, Jin Notti, Magika dan Nasi Lemak 2.0.

Allahyarham juga bekas penyampai radio Suria FM.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain