suria

Adibah Noor derita kanser ovari, baru selesai jalani pembedahan

Arwah sudah lama menngidah sakit kanser ovari.

SETELAH sekian lama mengunci mulut, penyanyi Ani Maiyuni yang juga rakan baik Allahyarham Adibah Noor mendedahkan penghibur itu sudah lama menderita penyakit kanser ovari tahap empat.

Bagaimanapun, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman berkata, dia terpaksa merahsiakan mengenai perkara itu berikutan menghormati permintaan Allahyarham.

"Arwah ada memaklumkan bahawa dia sudah lama menderita kanser. Saya minta maaf kerana kami terpaksa merahsiakan.

"Sebelum ini Kak Adibah ada memberitahu pada saya dan beberapa keluarga kami di Gegar Vaganza 8 (GV8). Dan dia minta kami rahsiakan, kami tak boleh nak hebohkan dan war-warkan kepada semua orang yang dia sedang menanggung kesakitan ini,” katanya kepada mStar.

Arwah ada memaklumkan bahawa dia sudah lama menderita kanser.

ANI MAIYUNI

PENYANYI

Terdahulu, Adibah Noor, 52, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 7.40 malam, Sabtu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas alami sesak nafas.

Menurut pengurusnya yang dikenali sebagai Todd, Allahyarham sudah lama menghidap kanser ovari, namun perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Al Ansar, Keramat pukul 9 pagi untuk dimandikan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai sekitar pukul 10.30 pagi Ahad.

Dalam pada itu, Ani sebagai rakan sepejuangan dalam program GV8 berkata penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu juga mengambil masa lama untuk berehat selepas menjalani pembedahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Adibah Noor meninggal dunia

ANI MAYUNIArwah bersama rakan-rakan sepejuangan di GV8.

“Selepas kami selesai menjayakan GV8 bersempena Hari Raya, dia sudah mula sakit, seperti demam ‘on’ dan ‘off’.

“Kemudian lama dia ditahan di hospital dan saya ingatkan dia lama tidak keluar disebabkan Covid-19, tapi selepas saya bertanya pada dia secara peribadi, baru dia beritahu dia ada kanser dan baru selesai menjalani pembedahan.

"Dia sedang dalam tempoh berpantang dan biasalah dia mahu berehat. Jadi dia tak mahu terima tetamu, dan tawaran pekerjaan pun dia tak ambil.

"Yang anda semua dapat tengok hantarannya di Instagram baru-baru ini, adalah ‘show’ yang pertama dia jayakan selepas lama dia berehat," katanya.

Bagaimanapun, Ani tetap mengakui berita pemergian sahabat baiknya itu adalah perkhabaran yang mengejutkan buat mereka semua.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain