suria

Pelakon terkenal lagak gangster ditahan reman

Pelakon terkenal ditahan reman sehingga Isnin.

PELAKON terkenal direman tiga hari selepas disyaki menumbuk dan menendang seorang penghuni di kondominium di Segambut, di sini, pada Khamis.

Suspek yang berusia 30-an itu dilaporkan menumbuk dan menendang mangsa dalam kejadian pada kira-kira pukul 8.30 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kejadian berlaku apabila suspek meminta rakannya membeli minyak masak.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi ditahan pukul bekas isteri selepas enggan bergambar

“Kami percaya mangsa bergaduh dengan pengawal apabila pelakon itu tiba-tiba masuk campur dengan menumbuk dan menendangnya.

“Mangsa mendakwa pelakon itu menumbuk dan menendangnya di muka, dada, perut dan belakang serta mengugut untuk membunuhnya,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian membuat laporan polis sebelum Bahagian Siasatan Jenayah Polis Daerah Sentul, memberkas suspek di kediaman sama malam semalam.

“Dia direman sehingga Isnin bagi membantu siasatan,” tambahnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain