PERNAH bersaing di pentas program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), penyanyi Datuk Fazley Yaakob antara rakan selebriti yang turut terkesan dengan pemergian Allahyarham Adibah Noor. Menurut Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob, dia mengetahui Adibah berdepan masalah kesihatan ketika di minggu pertama GV8. Masih mengingati kata-kata semangat daripada Adibah, Fazley meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan hasrat arwah untuk datang makan di restoran miliknya. "Ketika minggu pertama GV, saya mengadu pada kak Dib (nama panggilan Adibah), pentas GV terlalu besar untuk saya. Tapi dia beri semangat dan kata dia pun sakit boleh teruskan. Fazley sempat melihat jenazah buat kali terakhir. "Saya terkejut dia kata lagi ‘I’m not well my dear’. Jantung saya jatuh sebab faham apa yang dia cakap. Ada ketika, kami buat satu program, dia kata tak sangka saya dari menyanyi, memasak pula. "Dia tanya bila kak Dib boleh makan dekat restoran saya sambil lihat saya buat sweet table. Saya dah berjanji nak bawa dia makan selepas GV tapi tak sempat. ARTIKEL BERKAITAN: Adibah Noor derita kanser ovari, baru selesai jalani pembedahan ARTIKEL BERKAITAN: Adibah Noor meninggal dunia Saya terus bergegas ke hospital bila dapat tahu. FAZLEY YAAKOB CEF SELEBRITI "Masa kami ada rakaman lagu raya pun, saya ada tanya dia sebab dah janji nak tengok sweet table, tapi dia kata ‘nanti la saya tak berapa sihat’. Dah nampak dia tak sekuat seperti biasa," katanya kepada mStar. Penyanyi berusia 44 tahun itu ditemui ketika menziarahi jenazah arwah di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada malam Sabtu. Terdahulu, Adibah Noor, 52, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 7.40 malam, Sabtu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas alami sesak nafas. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai sekitar pukul 10.30 pagi, Ahad. Menurut pengurusnya yang dikenali sebagai Todd, Allahyarham sudah lama menghidap kanser, namun perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Adibah bersama rakan sepejuangan di GV8. Dalam pada itu, Fazley memberitahu dia bergegas ke hospital sebaik sahaja mengetahui berita sedih tersebut dan berpeluang untuk melihat jenazah buat kali terakhir. "Saya tahu dia sakit cuma kami yang diberitahu ini tidak berbicara mengenai keadaannya. Saya tak sangka secepat ini. Saya terus bergegas ke hospital bila dapat tahu. "Saya berkesempatan naik atas melihat jenazah buat kali terakhir di wad arwah. Saya dan kak Dib semakin rapat ketika di GV tapi sebelum itu pun kami dah rapat. "Saya anggap dia seperti kakak sendiri dalam dunia seni. Ketiadaannya amat berat untuk diterima sebab terlalu mendadak,” ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI