suria

[VIDEO] Aaron Aziz dipuji masih kacak walaupun gigi rongak

Aaron menunjukkan bahagian gigi yang patah.

GARA-GARA tersilap langkah ketika melakukan babak aksi, pelakon Datuk Aaron Aziz menerima padah apabila giginya terdapat bahagian pada giginya patah sehingga kelihatan sedikit rongak.

Aaron memberitahu ia berpunca dari gerakan tidak sengaja seorang pelakon aksi lain dan dia tidak menyalahkan mana-mana pihak akibat kejadian tersebut.

aaron 2

Peminat puji wajah kacak Aaron walau gigi rongak.

“Nak jadi pelakon pelakon kena sedia gigi patah. Kata nak jadi pelakon aksi, sekali-sekala patahlah gigi. Stuntman tak sengaja, jadi tiada siapa nak disalahkan,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tawar hati pulang ke Singapura, Aaron Aziz seronok berniaga minyak wangi

Aaron memuat naik video menunjukkan bahagian gigi yang patah itu di laman Instagram miliknya pada Selasa.

Meninjau di ruangan komen, ramai netizen yang terhibur dengan perkongsian tersebut dan tidak menganggap ia adalah satu kecederaan serius.

Stuntman tak sengaja, jadi tiada siapa nak disalahkan

DATUK AARON AZIZ

PELAKON

Malah ada juga yang masih memuji wajah tampan Aaron selepas dia menunjukkan bahagian gigi yang patah.

“Masih handsome. Tidak mengapa bang, anda adalah pelakon hebat. Bukan pelakon kalau tiada kecederaan,” komen netizen.

Sementara itu Aaron dilihat sudahpun menerima rawatan dan membetulkan bahagian gigi yang rosak di sebuah klinik pergigian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain