ANGGOTA kumpulan Search akan duduk berbincang dan mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan saman RM500,000 yang dituntut oleh pihak Afjets Sdn Bhd. Menurut pengurus kepada kumpulan tersebut iaitu Mozylir, buat masa sekarang semua anggota Search sedang bercuti dan mereka akan mencari masa sesuai untuk berjumpa pada waktu terdekat. “Saya tidak boleh komen banyak tentang tuntutan tersebut. Buat masa ini belum ada perbincangan secara rasmi antara anggota kerana mereka masih bercuti. Kumpulan Search disaman gara-gara pembatalan konsert pada 2016. “Kami akan beri kenyataan dalam masa terdekat selepas semua duduk bersama dan kami akan cari jalan terbaik untuk selesaikan masalah ini,” katanya ketika dihubungi mStar. Mozylir juga memberitahu pihaknya tidak ada masa masalah untuk terus bekerjasama dengan Afjets selepas ini jika ia jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah. Dalam masa sama, isu ini juga dilihat tidak mengganggu perjalanan kerjaya seni Search dan perancangan mereka mengadakan lebih banyak persembahan selepas ini. ARTIKEL BERKAITAN: Dua konsert Search berjaya, Afjets tuntut saman RM500,000 dibayar ARTIKEL BERKAITAN: Tidak Terkejut Disaman, Search Akan Pertahankan Diri “Jika mahu bekerjasama lagi dan itu adalah benda baik untuk selesaikan masalah rasanya kami terbuka. Tetapi perlulah ada terma dan syarat. “Kami amat berbesar hati jika Afjets mahu bekerjasama kerana industri kita ini bukannya besar. Akan jumpa orang yang sama juga nanti. “Bagaimanapun segalanya saya serahkan kepada Kid dan Din. Jika mahu bekerjasama lagi dan itu adalah benda baik untuk selesaikan masalah rasanya kami terbuka MOZYLIR PENGURUS SEARCH “Afjets mempunyai hubungan baik dengan Search sebelum ini. Mungkin ada sedikit salah faham. Tetapi apa yang berlaku tidak mengganggu perjalanan Search,” ujarnya. Sebelum ini ketua pegawai eksekutif Afjets iaitu Amrul Nizar Anuar dalam satu kenyataan menuntut pembayaran saman daripada tiga anggota Seacrh iaitu Kid, Din dan Nasir susulan pembatalan Konsert Search 35 Tahun yang sepatutnya diadakan pada 2016. Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengeluarkan perintah agar mereka membayar sebanyak RM500,00 pada 2017. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI