suria

Aedy Asyraf buat laporan polis... Individu menyamar sebagai dirinya perdaya 4 orang wanita, sampai sanggup bagi alamat

Laporan polis yang dibuat Aedy berhubung dakwaan seorang individu menyamar guna namanya.

SATU laporan polis telah dibuat oleh pelakon Aedy Ashraf selepas namanya digunakan oleh seorang individu bagi tujuan penyamaran untuk memperdayakan wanita.

Dalam laporan polis tersebut, Aedy menjelaskan individu berkenaan telah menghantar emel kepada empat orang wanita dan salah seorang daripada telah memberikan maklum balas dengan berkongsi maklumat peribadi iaitu alamatnya.

aedy 2

Aedy ingatkan orang ramai supaya berhati-hati.

"Satu laporan polis telah dibuat berkaitan penghantaran emel yang menggunakan nama saya.

"Saya dapat tahu ada individu yang tidak dikenali telah menyamar sebagai saya dengan menggunakan emel samaran iaitu [email protected].

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah kongsi foto ‘sweet’ dengan Amelia Henderson selepas melamar, ini komen Aedy Ashraf

"Saya juga dimaklumkan bahawa empat orang wanita telah dimesej oleh individu ini untuk diajak keluar dan hanya seorang daripada mereka yang memberi alamat kepada individu tersebut," jelasnya dalam laporan polis yang dibuat.

Aedy atau nama sebenarnya Addy Ashraf Rosmadi, 29, memuat naik laporan polis itu di laman sosial miliknya namun tidak mendedahkan butiran lanjut seperti tarikh dan lokasi aduan itu dibuat.

Saya ingin menjelaskan itu bukan emel saya dan ingin mengingatkan semua orang agar berhati-hati

AEDY ASHRAF

PELAKON

Sementara itu, Aedy menjelaskan laporan itu dibuat kerana berasa bimbang maklumat peribadi dirinya digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya ingin menjelaskan itu bukan emel saya dan ingin mengingatkan semua orang agar berhati-hati," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain