PENGARAH Syamsul Yusof tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pengguna TikTok yang sengaja memuat naik klip rakaman karya terbaharunya, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan di media sosial itu. Syamsul berkata, tindakan pemilik akaun TikTok itu ternyata salah dari sudut undang-undang dan dia bersama pihak produksi sudah berbincang untuk membuat laporan polis atas tindakan tidak bertanggungjawab pihak tersebut. "Saya dapat tahu ada yang memuat naik klip video panjang filem yang sedang ditayangkan. Ini satu kesalahan undang-undang. Saya dan pihak produksi sudah berbincang dan akan membuat laporan polis. Syamsul telah berbincang dengan produksi untuk buat laporan polis. "Saya penat setiap kali buat filem kena saman orang. Sila beri kerjasama," katanya. Syamsul berkongsi perkara tersebut dalam dua hantaran di laman sosial miliknya pada Sabtu. Dalam perkongsian itu juga, Syamsul turut mengingatkan kepada pengguna media sosial agar tidak melakukan perbuatan sama yang secara nyata salah dari segi undang-undang. ARTIKEL BERKAITAN: Bukan biasa-biasa! Filem ‘Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan’ tunjuk sisi sebenar tokoh pejuang... Angkat aras pemikiran penonton ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali tolak tawaran, akhirnya Adi Putra setuju bawa watak Mat Kilau Malah katanya, dia sendiri enggan mengulang peristiwa yang pernah berlaku ketika dia melancarkan filem Munafik 2 pada 2018. Sementara itu, anak kepada penerbit Datuk Yusof Haslam ini juga berkata, masalah tersebut boleh menjadi punca industri perfileman negara tidak dapat berkembang. "Kepada mana-mana pengguna media sosial sila hati-hati. Anda boleh buat naik tetapi tidak boleh melebihi lima saat. Pihak produksi boleh ambil tindakan undang-undang. Saya penat setiap kali buat filem kena saman orang. Sila beri kerjasama SYAMSUL YUSOF PENGARAH "Saya pernah saman orang sebelum ini sehingga ibu bapa kepada individu tersebut menangis datang ke mahkamah. Dia ingatkan ini perkara main-main. "Ini adalah masalah besar dalam industri filem Malaysia. Salah satu sebab kenapa kita tidak boleh maju seperti Indonesia dan Thailand," ujarnya. Barisan pelakon Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan. Untuk rekod Mat Kilau Kebangkitan Pahlawam mula ditayangkan pada 23 Jun dan mencipta sejarah apabila menjadi filem epik Melayu pertama mendapat kutipan tertinggi pada hari pertama iaitu sebanyak RM1 juta. Filem terbitan Studio Kembara ini menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari dan Yayan Ruhian. View this post on Instagram A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI