suria

Air mata Aina Abdul tumpah terkesan pelbagai isu menjelang konsert, lega dapat lepaskan kekecewaan dalam persembahan

Aina rancang konsert lebih besar di masa akan datang.

DI SEBALIK kejayaan konsert A Night With Aina Abdul 2.0 yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada malam Sabtu, penyanyi itu mendedahkan tidak melalui jalan mudah untuk penganjuran malam bersejarah buat dirinya itu.

Aina atau Nurul Aina Abdul Gani, 29, berkata, dia berasa tertekan apabila pelbagai isu lain tidak berkaitan diperkatakan tentang dirinya membuatkan tumpuannya terganggu selain sering menangis.

“Mungkin salah saya sendiri kerana banyak membaca komen-komen di media sosial sehingga memberi kesan kepada saya.

aina abdul 11

Aina puas dengan penganjuran konsert kali ini.

“Saya sendiri tidak ingat berapa kali menangis setiap kali mengadakan perjumpaan bersama pasukan saya untuk konsert ini. Bagaimanapun pengurus saya sering ingatkan supaya kurangkan masa dengan sosial media dalam tempoh seminggu sebelum konsert.

“Saya rasa amat lega dapat lepaskan segala kekecewaan dalam semua lagu yang disampaikan pada konsert ini,” katanya.

Dalam pada itu, di sebalik cabaran terpaksa dihadapinya, Aini menganggap penganjuran konsert itu memberi satu pengalaman baharu apabila dia sendiri turun padang menguruskan kelancaran konsert itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal tampil dengan 10 persalinan di malam konsert, Aina Abdul Janji jaga sensitiviti!

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai ‘complain’ tiket konsert mahal, Aina Abdul ada sebab letak harga... Yakin penonton terkejut tengok fesyen malam itu

Menurut penyanyi lagu Sepi ini, malam pertama konsert menjadi lebih baik dari apa yang telah dirancang sebelum ini dan disebabkan itu Aina juga rasa sebak tatkala melihat reaksi penonton.

“Selama ini orang mungkin ingat perancangan saya untuk mengadakan konsert adalah tidak masuk akal. Saya hadiri banyak mesyuarat yang memang tidak biasa saya lakukan sebagai seorang penyanyi sebab saya tidak tahu bercakap tentang soal perniagaan atau kewangan.

“Syukur konsert ini menjadi lebih baik dari apa yang dirancang. Terutamanya ketika menukar baju dalam tempoh masa singkat. Saya banyak rujuk di Youtube dan penyanyi antarabangsa boleh melakukan dalam tempoh 30 saat.

Saya rasa amat lega dapat lepaskan segala kekecewaan dalam semua lagu yang disampaikan pada konsert ini

AINA ABDUL

PENYANYI

“Namun disebabkan saya wanita berhijab, memadai proses pertukaran dilakukan kurang dari dua minit. Semuanya berjalan lancar,” ujarnya.

Sementara itu, menerusi konsert berkenan, Aina menggayakan tiga persalinan sepanjang dua jam konsert berlangsung dan salah satunya adalah rekaan Melinda Looi yang menggunakan rambut sebenar.

"Kesemua baju yang saya pakai ada cerita tersendiri, salah satu daripadanya diperbuat daripada 150 helai rambut sebenar yang direka khas oleh Melinda.

aina abdul 22

Baju rekaan Melainda Looi mengguna 150 heli rambut.

"Baju itu memang berat namun selesa dipakai. Sejak awal saya sudah berbincang untuk tampil dengan baju yang diperbuat daripada material jarang digunakan.

"Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan konsert kali ini... Sokongan peminat juga tidak pernah gagal membuatkan saya berasa kagum," katanya.

Selain mendendangkan lagu-lagu popularnya, Aina turut menghiburkan peminat dengan lagu popular seperti My All (Mariah Carey), How You Like That (Black Pink), Mengapa (Nicky Astria) dan Listen (Beyonce).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain