suria

Sissy Imann tidak sabar tunggu ‘hari bahagia’, minta peminat doa cepat sihat sebelum kongsi berita gembira

Sissy tak sabar menanti hari penting itu tidak lama lagi.

SELEPAS disahkan positif Covid-19 sejak 1 Julai lalu, penyanyi Sissy Imann memaklumkan dia mengalami gejala ringan antaranya sakit kepala dan sakit tekak.

Selain itu, Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil, 27, turut memberitahu suhu badannya kerap turun naik dan mudah berasa letih.

"Alhamdulillah keadaan baik cuma saya agak letih dan kebanyakan aktiviti saya lakukan atas katil sahaja. Awalnya sebelum disahkan positif ketika itu sedang bekerja, kemudian selepas itu saya mula berasa sakit kepala.

"Waktu itu masih negatif, kemudian keesokkan harinya positif. Memang rasa letih dan penat cuma tidak sangka apabila kena pada diri sendiri barulah tahu bagaimana rasa sakit itu. Mujur saya sudah divaksin. Ini merupakan pertama kali dijangkiti Covid-19," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kasihan Sissy Imann, seminggu batuk tak sembuh... Diserang pula gatal-gatal akibat alahan ubat

ARTIKEL BERKAITAN: Sissy Imann jatuh kuda, mulut tak henti mengucap syahadah - “Nasib tak kena pijak!”

Tidak sabar untuk segera pulih, Sissy memberitahu dia teruja untuk berangkat ke London, United Kingdom pada 17 Julai depan.

Untitled design (1)

Sissy kongsikan keadaannya tahap kesihatannya di media sosial.

"Saya memang teruja untuk kongsikan berita baik ini, tetapi buat masa sekarang saya kena tunggu dulu. Saya akan umumkan semuanya pada 20 Julai depan. InsyaAllah.

"Keadaan kesihatan ini yang merisaukan saya kerana pada hari penting itu nanti saya perlu sihat. Mohon semua mendoakan yang terbaik dan segalanya dipermudah," ujarnya yang masih belum bersedia untuk berkongsi berita gembira itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain