PELAKON Datin Seri Noniswara meluahkan rasa kecewa apabila ada individu menggunakan nama ‘budak jongos’ di Instagram mempertikaikan penggunaan gelaran Datin Seri untuk dirinya. Menurut Noniswara, 53, gelaran tersebut sah digunakan kerana sepanjang tujuh tahun perkahwinan dia bukanlah isteri kedua seperti yang didakwa individu tersebut. "Saya tidak bermadu dan bukan gila gelaran. Dari suami yang dahulu pun saya sudah bergelar Datin. Apa hairan sangat? Noniswara sudah lama berdiam dengan sikap kurang ajar 'budak jongos'. "Saya Datin Seri sebab dalam sijil ada nama saya seorang sahaja. Masa ambil pingat pun saya yang bersama," katanya. Pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu berkongsi luahan hatinya itu menerusi Instagram pada Selasa. Untuk rekod, Noniswara mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Dr Sheikh sejak tujuh tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Noniswara Lebih Tenang Selepas Bercerai Menjawab beberapa persoalan lain, Noniswara berkata suaminya itu sudah lama berpisah dengan bekas isteri dan hubungan mereka bermasalah sebelum dirinya mengenali lelaki tersebut. "Daripada dahulu suami kata dia sudah berpisah. Sebelum saya wujud sudah 10 tahun tidak tidur bersama. Cuma anak-anak tidak boleh menerima hakikat. Sudah lama kurang ajar dengan saya dan lama saya berdiam. Suami pun dah penat DATIN SERI NONISWARA PELAKON "Kalau ada gambar bersama pun sebab majlis kahwin anak-anak dan ketika sambutan hari raya ketiga. Ambil gambar sebab nak jaga hati anak-anak dan suami serba-salah. Mereka mahu tunjukkan kononnya keluarga bahagia," ujarnya. Dalam masa sama, Noniswara memberitahu sudah lama dia berdiam diri meskipun diganggu oleh individu tersebut. Noniswara bersama tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu. "Saya bukan meroyan tetapi terpaksa berterus-terang. Sudah lama kurang ajar dengan saya dan lama saya berdiam. Suami pun dah penat. "Budak jongos itu adalah kebencian suami saya. Suami selalu mengadu tertekan dengan seorang ini. Tiada siapa boleh nasihat si jongos ini," jelasnya. Noniswara bagaimanapun tidak memberitahu sama ada dia mengenali individu itu secara peribadi atau tidak. Noniswara sebelum ini pernah dua kali mendirikan rumah tangga dan hasil perkahwinan dengan suami pertama dia dikurniakan tiga orang cahaya mata. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI