suria

Dayang Areeda sorok hubungan cinta kerana mahu jaga hati keluarga... Bimbang kekasih tak biasa dunia hiburan

Dayang belum sedia kongsi soal kekasih.

MENGAKUI hampir setahun dilamun cinta, pelakon Dayang Areeda bagaimanapun memilih untuk tidak berkongsi mengenai identiti teman lelakinya kepada umum.

Menurut Dayang, 28, dia perlu menghormati privasi keluarga kerana kekasihnya itu bukanlah orang dalam industri seni.

"Sejak awal hubungan kami saya memang tidak pernah kongsi apa-apa tentang kekasih. Dia bukanlah orang dalam industri, jadi takut kalau terlalu banyak gosip keluar.

dayang 1

Dayang kini lebih fokus kepada pengurusan produksi.

"Jadi demi menjaga hati si dia dan keluarga kedua-dua belah pihak, lebih baik kami simpan sahaja soal hubungan cinta," katanya kepada mStar.

Dayang ditemui ketika sidang media pelancaran telefilem Penanggal Mak Kiah yang merupakan terbitan syarikat produksi miliknya iaitu Darraz Empire Production.

Ditanya mengenai perancangan melangkah ke alam perkahwinan, Dayang berkata dia pernah merancang untuk berkahwin sebelum usia 30 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: “Minta kerja pejabat, tapi tiba-tiba jadi artis” - Dayang Areeda

Namun impiannya itu berubah selepas dia menubuhkan produksi sendiri sejak setahun lalu dan kini mahu memberikan tumpuan kepada kerjaya terlebih dahulu.

"Buat masa sekarang saya harus fokus kepada kerjaya dahulu. Apatah lagi baru sahaja menubuhkan syarikat sendiri, jadi belum fikir untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Dia bukanlah orang dalam industri, jadi takut kalau-kalau terlalu banyak gosip keluar.

DAYANG AREEDA

PELAKON

"Bagaimanapun kalau jodoh sudah sampai dan hati sudah terbuka, saya tidak menolak.

"Ibu bapa kami juga tidak pernah mendesak untuk berkahwin dalam masa terdekat. Malah mereka serahkan kepada saya apabila sudah bersedia nanti," ujarnya.

Bercakap mengenai telefilem Penanggal Mak Kiah, Dayang bukan sahaja mencabar diri sebagai pelakon, malah dia juga merupakan penerbit dalam karya genre seram komedi itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain