suria

Terus cipta sejarah... ‘Mat Kilau’ cecah RM61 juta, Syamsul Yusof yakin dapat capai kutipan RM70 juta

Syamsul Yusof bersyukur filem arahannya terus mendapat sokongan penonton.

PENGARAH dan pelakon, Syamsul Yusof meluahkan rasa syukur apabila filem arahannya, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan sudah mencecah kutipan RM61 juta sepanjang 17 hari tayangan.

Kejayaan itu sekali gus membuatkan Syamsul meletakkan harapan agar buah tangan terbaharunya itu mampu mencapai kutipan sehingga RM70 juta.

"Filem Mat Kilau ini memiliki momentum yang berbeza berbanding filem Melayu lain kerana naskhah ini menunjukkan peningkatan pada setiap hari tayangan.

"Pada saya insya-Allah dengan izin Allah, filem ini akan sampai RM70 juta. Saya fikir ia akan sampai ke tahap itu," katanya kepada mStar.

Untitled design (9)

Syamsul mencipta fenomena industri perfileman tanah air menerusi filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.

Meskipun meraih kejayaan yang membanggakan, Syamsul bagaimanapun tidak meletakkan sasaran filem tersebut mampu memperoleh kutipan RM100 juta.

"Sejujurnya sebagai pengarah saya tidak berani untuk meletakkan harapan terlalu tinggi walaupun ramai yang mengatakan ia bukan satu perkara mustahil.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali terbit filem terus cipta sejarah... ‘Mat Kilau’ kini karya paling laris, penerbit jangka cecah RM70 juta!

ARTIKEL BERKAITAN: “Marilah kita bermaaf-maafan” - Penerbit Mat Kilau dah hantar surat minta maaf harap Finas tak besarkan isu

"Biarpun ramai orang bercakap begitu, tetapi saya masih tidak berani untuk meletakkan sebarang harapan hingga ke tahap itu," tambahnya lagi.

Perkara ini sudah mencapai matlamat pembikinan filem dan menjadi kejayaan buat pasukan saya dan penerbit.

SYAMSUL YUSOF

PENGARAH MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN

Bagi Syamsul, dirinya sudah bersyukur kerana kemunculan filem tersebut dapat menyemarakkan semangat nasionalisma sekali gus mengingatkan kita tentang Melayu.

"Pihak pendidikan di sekolah, pelajar, universiti dan golongan pendidik pengajian tinggi banyak memperkatakan tentang hal ini pada saya ia sudah cukup.

"Perkara ini sudah mencapai matlamat pembikinan filem dan menjadi kejayaan buat pasukan saya dan penerbit," ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan Abdul Rahman Mat Dali yang bertindak selaku penerbit Studio Kembara akan memberikan 'bonus' kepada barisan kru dan pelakon filem tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain