suria

Bersederhana sambut Aidiladha, Fedtri Yahya pesan jangan leka jaga keselamatan diri

Fedtri meraikan Hari Raya Aidiladha secara sederhana kerana terikat dengan tugas.

PENGACARA dan pengubah lagu, Fedtri Yahya menasihatkan agar masyarakat tetap cakna dan tidak leka dalam menjaga kebersihan dan keselamatan sepanjang menyambut Hari Raya Aidiladha.

Kata Fedtri, perkara itu perlu diberi perhatian memandangkan keadaan semasa yang semakin mencabar daripada segala aspek sama ada melibatkan rohani dan fizikal.

"Saya menasihatkan agar kita tetap menitiberatkan soal keselamatan memandangkan tahap kesihatan semasa juga masih belum reda. Oleh itu jangan leka. Dapat pula pelbagai perkara di luar jangkaan berlaku lebih-lebih lagi kita di waktu akhir zaman ini.

"Pada saya Hari Raya Aidiladha itu terkait dengan pengorbanan. Lain orang lain cabaran yang mereka hadapi. Jadi kita perlu sentiasa bersedia dan untuk memberi dalam apa jua aspek yang kita mampu," ujarnya kepada mStar.

Untitled design (20)

Fedtri Yahya memilih untuk meraikan sambutan Aidiladha secara bersederhana.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersederhana sambut Aidiladha, Fedtri Yahya pesan jangan leka jaga keselamatan diri

ARTIKEL BERKAITAN: “Di mana maruah kita?” – PU Amin gesa tindakan terhadap pelawak wanita buka baju, bimbang rosakkan agama

Bagaimanapun tahun ini Fedtri tidak pulang ke kampung halaman di Pantai Remis, Perak memandangkan terikat dengan tugas di ibu kota.

"Segalanya diraikan secara bersederhana memandangkan saya perlu bekerja pada hari raya kedua. Fokus saya lebih kepada membawa anak-anak ke masjid.

"Lagipun pada penghujung bulan ini anak saudara saya akan berkahwin, jadi ramai ahli keluarga akan berkumpul bersama," tambahnya.

Untitled design (21)

Melakukan ibadah korban menjadi rutin wajib setiap tahun pada setiap kali Hari Raya Haji.

Pada masa sama, pencipta lagu Kasih Padamu itu juga memberitahu setiap tahun dirinya akan terlibat dengan ibadah korban.

Baginya perbuatan itu bukan sekadar memenuhi tuntutan agama, tetapi pada masa sama dapat membantu individu yang memerlukan.

"Setiap tahun saya akan bekerjasama dengan badan kebajikan atau NGO untuk melakukan ibadah korban. Jadi boleh dikatakan saya sering melakukannya sama ada di Bangladesh dan Kemboja.

"Saya memang gemar melibatkan diri dengan aktiviti sebegini kerana memantu mereka yang kurang berkemampuan memberi kepuasan kepada saya.

"Semoga setiap tahun saya akan terus berpeluang untuk melakukannya, insya-Allah," jelasnya

.Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain