suria

Untungnya Uqasha Senrose! Kamal Adli beri hadiah mewah RM12,000 sempena ulang tahun ke-30

Uqasha tidak pernah mengharapkan pemberian mewah daripada suami.

KELU lidah pelakon Uqasha Senrose saat membuka dua kotak hadiah mewah daripada suami bersempena ulang tahun kelahiran ke-30 pada 6 Julai lalu.

Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen memberi reaksi tidak menyangka apabila mendapat hadiah berupa sepasang sandal Gucci Miami Rubber Platform dan beg tangan Gucci Bananya Print Small Tote itu dianggarkan mencecah RM12,000.

Ini kerana, Uqasha berkata, suaminya, aktor Kamal Adli bukan seorang pemboros malah sering menasihatinya agar berjimat cermat ketika berbelanja.

Untitled design (5)

Sandal dan beg tangan pemberian Kamal Adli sempena ulang tahun kelahiran Uqasha ke-30.

"Ini (hadiah) sangat comel. Kamal Adli, ini bukan awak... awak tidak akan berbelanja seperti ini. Awak suruh saya berjimat cermat, tetapi awak tetap beli juga untuk isteri awak yang tersayang ini," katanya.

Menerusi video yang dimuat naik ke Instagram, Uqasha yang pada awalnya memberi reaksi terkejut bagaimanapun kelihatan teruja menerima dua hadiah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose mengadu dengan Kamal Adli, pening layan netizen asyik buat dosa kering kutuk saiz badan

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kamal Adli, Uqasha Senrose sudah sebulan bergelar suami isteri, nikah dalam majlis tertutup 5 November lalu

Kata Uqasha, dia tidak pernah mengharapkan sebarang hadiah berjenama asalkan ia daripada suaminya.

"Uqasha tidak kisah apa saja jenama sekalipun, asalkan ia daripada suami saya," jelasnya.

Dalam pada itu, Uqasha juga tidak menyangka akan mendapat kejutan daripada Kamal dengan mengadakan majlis sambutan hari jadi untuknya.

Untitled design (6)

Sambutan hari jadi Uqasha yang dihadiri oleh ahli keluarganya dan Kamal.

"Sepanjang mengenali suami dia bukan seperti itu. Maksud Uqasha, dia bukan seorang yang ingin membuat hiasan majlis, kumpulkan semua ahli keluarga, membuat makan-makan, membuat persembahan.

"Paling mengejutkan dia sanggup menyediakan kek tempahan khas yang kebiasaannya dia akan membeli kek biasa sahaja. Saya tidak sangka dapat hiasan majlis hari jadi seperti ini, saya tidak sangka suami saya buat semua ini.

"Saya bertanya kepada pembantu peribadi sama ada mereka ada terlibat membantu untuk majlis tersebut tetapi kata mereka tidak," katanya.

Untitled design (7)

Uqasha tidak menyangka akan mendapat hadiah barangan berjenama yang dianggarkan bernilai RM12,000 daripada Kamal.

Menerusi semakan di laman web Gucci, harga sepasang sandal itu dijual pada harga RM2,109 manakala beg tangan RM9,739.

Bagi sambutan majlis hari jadinya, ia diadakan dengan tema pahlawan Melayu yang dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain