suria

Dibesarkan tanpa kehadiran seorang bapa, Namron sesal didik anak-anak dengan rotan

Namron mahu jadi bapa terbaik buat tiga anaknya.

PENGALAMAN dibesarkan tanpa kehadiran seorang ayah membuatkan pelakon dan pengarah, Namron bimbang sekiranya gagal menjadi ketua keluarga terbaik buat anak-anaknya.

Namrom atau nama sebenarnya Shahili Abdan, berkata, persekitaran itu telah membuatkan dirinya menjadi seorang bapa yang tegas dan garang.

Katanya, tekanan hidup turut membuatkan dirinya mudah melepaskan amarah pada kepada anak-anak sehingga menjejaskan rumah tangganya.

"Saya mendidiknya dengan rotan di tangan, menakutkannya. Sejak berusia empat tahun lagi saya sudah mengajarnya bahawa kehidupan ini sukar, dunia ini bukan untuk orang yang lemah.

"Dia membesar menjadi seorang yang takut untuk mencuba dan tiada keyakinan diri. Saya dapat melihat bagaimana dia cuba melakukan sesuatu untuk saya bangga dengannya walaupun hanya mengada-adakan sesuatu yang tiada," jelasnya.

Untitled design (14)

Perkongsian Namron di Instagram sempena ucapan kelahiran anak sulung, Demi Kaseh.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah jadi pelaris ubat kuat... Namron beri amaran peniaga tak beretika - “Ada yang gelakkan saya dan pandang negatif”

ARTIKEL BERKAITAN: Foto tak berbaju, Namron sindir stesen TV ambil pelakon 1 juta ‘follower’ - “Saya nak kerja dengan yang berbakat... bukan sekadar popular!”

Namron berkata demikian sebagai perkongsian di Instagram sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Demi Kaseh yang memasuki usia 16 tahun.

Pada masa sama, Namron juga bercerita tentang perjalanan kehidupan yang berdepan dengan detik sukar selepas membuat keputusan melepaskan jawatan sebagai pensyarah sambilan dan memilih untuk bekerja sendiri.

"Saya percaya jika mahukan sesuatu kita kena rajin berusaha dengan bersungguh sungguh. Kehidupan saya ketika itu sangat sukar. Berkerja siang dan malam untuk mengubah kehidupan supaya lebih senang," ujarnya.

Bagaimanapun, perkara tersebut berubah selepas beliau memilih untuk mendekatkan diri dengan agama. Lebih memahami tentang kehidupan, Namron berusaha untuk melakukan anjakan dalam diri agar menjadi individu lebih baik.

Untitled design (13)

Namron bahagia bersanam isteri, June Lojong yang dinikahi sekitar 18 tahun lalu.

"Setelah saya mengenal kehidupan yang hakiki. Mengenal diri sebenar diri, guru sebenar dan melakukan penyerahan sepenuhnya pada Allah Ta’ala. Alhamdulilah, saya berubah menjadi seorang bapa yang pengasih dan penyayang.

"Tiada lagi kekerasan dalam mendidik. Saya mendidiknya dengan kata kata. Mengajarnya erti kehidupan sebenar, mengenal sifat-sifat Allah serta tujuan sebenar kehidupan ini.

"Hari ini saya melihat dia dan adik-adiknya adalah amanah Allah yang tak terperi dan saya akan menjaga amanah ini selagi hayat di kandung badan," katanya.

Namrom berkahwin dengan June Lojong yang juga merupakan seorang aktres pada sekitar 18 tahun lalu dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain