MENGAKUI dirinya seorang yang introvert dan pemalu, pelakon Sophia Albarakbah menjadikan bidang seni ini sebagai satu cara untuk dia mencabar dia supaya lebih berani berdepan dengan orang ramai. Mula berlakon sejak tiga tahun lalu, Sophia, 29, sebelum itu lebih selesa menerima tawaran sebagai model tangan untuk iklan komersial sebelum dilamar oleh pihak pengurusan untuk terus serius dalam bidang seni. “Disebabkan saya seorang introvert, jadi matlamat saya terjun dalam bidang seni ini bukanlah untuk popular. Saya sebenar takut apabila berjumpa dengan orang dan sekarang ini masih cuba untuk mengatasi masalah itu. Sophia cuba atasi perasaan malu apabila berjumpa orang ramai. “Sebelum berlakon drama saya lebih banyak menerima tawaran model tangan untuk iklan di televisyen selain model dalam beberapa muzik video. “Saya juga seorang yang pemalu dan kalau tidak terlibat dengan sebarang kerja, saya lebih suka duduk di rumah sahaja,” katanya kepada mStar. Sophia ditemui ketika pelancaran drama Cinta Hilang Kata yang bakal bersiaran di Astro Prima bermula Julai. ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau lakonan macam kayu, kenapa saya dipilih produser?” - Sophia Barakbah tepis tuduhan guna 'cable' untuk jadi pelakon ARTIKEL BERKAITAN: Pakai seksi tak semestinya jahat... Sophia Albarakbah cuma jadi diri sendiri, minta netizen tukar topik lain Drama arahan Kyoll Hamzah ini turut menampilkan pelakon lain seperti Shahz Jazle, Iqram Dinzly Nelissa Nizam, Hafiz Hamdan, Liza Abdullah dan Anne Abdullah. Meskipun baru tiga tahun dalam industri seni, nama Sophia mudah dikenali peminat kerana sering diberi kepercayaan untuk membawakan watak utama dalam drama. Melihat ia sebagai rezeki, Sophia juga tidak mahu namanya dikenali disebabkan kontroversi buruk kerana bimbang ia boleh memberi kesan kepada keluarga. Saya tidak mahu ibu bapa sedih kalau membaca cerita tidak elok. Sebab itu saya sentiasa cuba menjaga diri SOPHIA ALBARAKBAH PELAKON “Ramai lagi pelakon baharu dan berbakat namun mereka belum berpeluang menjadi heroin. Semua orang ada masa mereka sendiri dan sekarang adalah rezeki saya. Masa depan nanti kita belum tahu lagi. “Kalau boleh tak mahu nama saya dihentam kerana kontroversi yang tidak bagus. Saya tidak mahu ibu bapa sedih kalau membaca cerita tidak elok. Sebab itu saya sentiasa cuba menjaga diri,” jelasnya. Selain tidak mahu dihimpit kontroversi, Sophia juga enggan terlalu terbuka berkongsi kisah peribadi terutama hal berkaitan cinta. Barisan pelakon Cinta Hilang Kata. Tidak meletakkan sasaran untuk berkahwin dalam masa terdekat, Sophia juga berharap dapat dipertemukan dengan seorang lelaki yang dapat memahami kerjaya sebagai seorang pelakon. “Berkahwin bukanlah keutamaan saya sekarang ini kerana mahu fokus pada kerjaya dahulu. Saya juga tidak akan berkongsi dengan siapa saya bercinta kerana itu adalah kisah peribadi. Apabila sudah berkahwin nanti saya akan dedahkan siapa pasangan. “Dalam perhubungan mestilah perlu saling memahami. Jadi saya harap dapat pasangan sebegitu. Kalau dapat jodoh dengan orang dalam industri pun lebih mudah kerana kedua-dua sama berlakon,” jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI