suria

Ada pihak dakwa terdapat video kurang sopan serupa Noh Salleh, punca rumah tangga retak

Status rumah tangga Noh dan Mizz menjadi tanda tanya ramai.

KETIKA kecoh orang mempersendakan wartawan selepas disindir Noh dalam temu bual pada sidang media pada 13 Julai lalu, kini warganet beralih tumpuan pula kepada isu baharu yang mengaitkan vokalis Hujan itu.

Dipercayai terdapat rakaman video kurang sopan yang mengandungi suara menyamai Noh namun ia tidak semestinya artis itu, mungkin juga orang lain.

Ataupun ada pihak sengaja mengada-adakan cerita semata-mata untuk menjatuhkan penyanyi itu atau mahu merosakkan rumah tangganya?

noh hujan 2

Netizen dakwa Noh curang dengan isteri.

Bagaimanapun menerusi beberapa komen netizen, ada yang mendakwa tidak akan bergoyang pokok jika tiada angin yang menggoncangnya.

Selain itu kecoh juga apabila di laman sembang forum Internet yang mendakwa terdapat rakaman perbualan seseorang kononnya bagi mengaitkan kecurangan Noh terhadap isterinya.

Gambaran kisah itu seakan-akan menguatkan lagi dakwaan bukan sahaja berlaku keretakan rumah tangga mereka namun dipercayai ia juga telah berakhir.

ARTIKEL BERKAITAN: “Anda semua kena tipu!” - Noh Salleh ulas gosip rumah tangga dengan Mizz Nina sedang bermasalah

Dalam masa sama status Mizz Nina di media sosial baru-baru ini sering berkongsi kata-kata motivasi seolah-olah menceritakan masalah dihadapinya.

Antara petikan kata-kata yang ditulis dalam Bahasa Inggeris itu bermaksud; sama seperti mengambil ubat, tiada siapa yang suka kerana pahit namun perlu diambil kerana baik untuk kita.

Tatkala ini kisah mereka sedang diperkatakan, kedua-duanya masih mengunci mulut seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Kalau betul kau chet, wajar wartawan bertanya supaya netizen kecam cheater

NETIZEN

Namun jelas terbayang di wajah Noh, agak kurang senang saat diajukan wartawan mengenai rumah tangganya sebaliknya dia menempelak agar pihak media lebih memberi fokus kepada kerjaya seni artis.

Bercakap kepada media dalam satu acara pada 13 Julai lalu, Noh, 37, menafikan segala khabar angin buruk tentang rumah tangganya dan menganggap pihak media sudah tertipu dengan segala gosip panas bertebaran.

"Entahlah, tiada komen... Anda semua kena tipu. Fake news," katanya.

Noh dan Mizz Nina berkahwin pada 2 Julai 2011 dan mereka memiliki seorang anak angkat iaitu Musa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain