suria

[VIDEO] Aizat Amdan pilih pengurus sebagai isteri, bakal disatukan 14 Ogos depan

PENYANYI Aizat Amdan berkongsi khabar gembira bakal menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan hatinya iaitu Elyssa Alia Ilias pada 14 Ogos depan.

Aizat atau nama sebenarnya Muhammad Aizat Amdan, 33, memberitahu hatinya terbuka untuk mendirikan rumah tangga selepas Elyssa, 34, meluahkan keyakinan untuk menjadikan dia sebagai suami.

"Sekian lama orang asyik bertanya tentang jodoh. Akhirnya sekarang saya boleh kongsi tentang perkahwinan.

aizat 2

Aizat sedia berkahwin selepas diyakini oleh kekasih.

"Sebenarnya saya sendiri pun tidak yakin untuk berkahwin. Tetapi dia yang membuat saya percaya untuk kami melangkah ke fasa seterusnya.

"Disebabkan dia yakin untuk jadikan saya sebagai suami, maka kami buat keputusan untuk berkahwin," katanya.

Aizat ditemui ketika pelancaran lagu baharu berjudul Hanya Kita Dua di Pejabat Indigital Music, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Dia banyak beri idea dan semangat dalam kerja. Saya sukakan wanita yang ada ciri-ciri itu

AIZAT AMDAN

PENYANYI

Lagu ciptaan bersama Mel Ramlan itu juga menjadi hadiah istimewa Aizat untuk bakal isteri tercinta.

Berkongsi mengenai persiapan menjelang hari bahagia, Aizat berkata segalanya berjalan lancar dan majlis pernikahan serta resepsi akan berlangsung di Puchong, Selangor.

Pasangan ini mula berkenalan sekitar tiga tahun lalu dan keputusan untuk berkahwin atas persetujuan bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Aizat Amdan Impikan Segera Kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas tersebar gosip dilamun cinta, Aizat buat keputusan ini!

"Kami tak pernah pun berbual soal kahwin. Kemudian ada satu hari kami bercakap mana hala tuju hubungan ini.

"Ketika itulah baru serius untuk berkahwin dan saya berjumpa keluarga Elyssa... itu lebih utama.

"Dia banyak beri idea dan semangat dalam kerja. Saya sukakan wanita yang ada ciri-ciri itu," ujarnya.

aizat 3

Aizat maklumkan segala persiapan hari bahagianya berjalan lancar.

Elyssa yang sebelum ini bertugas sebagai kakitangan kerajaan kini bekerja sepenuhnya sebagai pengurs kerjaya seni Aizat.

Bercakap mengenai lagu baharunya, Aizat berkata ia sudah dicipta sejak dua tahun lalu dan sekarang adalah masa terbaik untuk dilancarkan.

"Selalunya lagu-lagu perkahwinan lebih berentak perlahan, tetapi kali ini saya tampil dengan lagu rancak.

"Ia bagaikan satu cara untuk meraikan hubungan kami," jelasnya

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain