suria

“Komen fasal agama memang nombor satu”... Pantang dituduh cari simpati, Elyana mula jawab pertanyaan biadab pengikut

Elyana lebih terbuka menjawab kerana merasakan lama dirinya dihina.

HANYA kerana berkongsi keadaan diri yang sedang sakit, penyanyi Elyana memberitahu ada menerima komen kurang senang segelintir netizen yang menuduh dirinya sengaja mencari publisiti murahan.

Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 32, berkata, disebabkan perkara itu juga dia mengambil langkah untuk menyembunyikan penyakit kanser dihadapinya sebelum ini.

"Cari simpati? Ayat paling pantang telinga aku dengar! Inilah sebab aku ambil masa lapan tahun untuk tidak mahu beritahu aku sakit. Sebab tiada guna pun.

elyana 2

Elyana sebelum ini merahsiakan penyakit kanser yang dihidapi.

"Aku buat keputusan salah. Terima kasih rakyat Malaysia yang tinggi ilmu agama. Bab komen fasal agama memang nombor satu. Solat lima waktu jangan tinggal pula," tulisnya dalam satu perkongsian di Instagram Story.

Sebelum ini, penyanyi lagu Kalis Rindu ini berkongsi di tertidur selama 15 jam akibat demam teruk selain hilang selera makan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya sudah penat berpura-pura” - Elyana mahu ‘hilangkan’ diri, cari semula siapa dirinya

Perkongsian tersebut turut mendapat seorang pengikutnya yang memberi nasihat tentang penjagaan aurat Elyana.

Melihat komen tersebut sebagai biadab, Elyana mengambil langkah untuk menjawab 'nasihat' itu kerana merasakan sudah terlalu lama dirinya dibuli.

"Niat hendak bagi nasihat, tetapi biadab. Mari jumpa depan-depan berani tak Kak?

Inilah sebab aku ambil masa lapan tahun untuk tidak mahu beritahu aku sakit

ELYANA

PENYANYI

"Mungkkin dahulu saya tidak suka menjawab, tetapi tidak adil untuk diri saya yang sering dihina dan dipijak.

"Ketika masa awak sakit, keluarga dan kawan sakit, terus datang pada saya untuk bertanya tanpa rasa bersalah. Apa jenis manusiakah anda?," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain