KETIKA kecoh berita kurang enek mengenai Noh Salleh kebelakangan ini, tiba-tiba timbul pula khabar angin kononnya penyanyi itu dan isterinya Mizz Nina, sudah bercerai. Khabar angin mengatakan pasangan itu bercerai talak satu dengan lafaz dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Rabu. Difahamkan permohonan cerai difailkan di mahkamah pada 14 Jun lalu. Noh dan Nina mengambil anak angkat pada Januari lalu. Kisah Noh dan Nina mula mendapat perhatian sejak beberapa bulan lalu apabila timbul gosip kononnya hubungan mereka bagaikan retak menanti belah. Noh sebelum ini bagaimanapun menafikan dakwaan kononnya perkahwinan mereka bermasalah dan menganggap orang ramai telah tertipu dengan berita yang tersebar. ARTIKEL BERKAITAN: Ada pihak dakwa terdapat video kurang sopan serupa Noh Salleh, punca rumah tangga retak ARTIKEL BERKAITAN: “Anda semua kena tipu!” - Noh Salleh ulas gosip rumah tangga dengan Mizz Nina sedang bermasalah Dalam masa sama, mereka juga dilihat mengambil pendekatan mengunci mulut apabila cerita rumah tangga mula diperkatakan. Bagaimanapun Nina sebelum ini menerusi beberapa perkongsian di laman Instagram seakan memberi bayangan terdapat masalah dalam rumah tangga. Selain itu timbul pula dakwaan kononnya terdapat rakaman video yang antara lain menjadi punca kepada perceraian itu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 dan mempunyai seorang anak angkat bernama Musa. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI