suria

Rakan artis kongsi kata-kata semangat dan doa selepas Mizz Nina, Noh umum cerai

Ramai yang sayang dan doakan Nina.

BERITA perceraian Mizz Nina dan Noh Salleh mendapat perhatian rakan-rakan selebriti yang berkongsi rasa sedih serta memberikan kata-kata semangat selepas pasangan itu mengumumkan perpisahan pada Khamis.

Hantaran yang dimuat naik oleh Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 42, dihujani lebih 12,000 komen daripada peminat selain rakan-rakan artis.

Semua mendoakan Nina agar terus tabah dengan dugaan yang dihadapi kala ini dan selain menghantar tanda sayang buat dirinya.

noh 13

Noh dan Nina sah bercerai pada Rabu.

Antara yang memberi komen termasuklah penyanyi Indonesia Dewi Sandra yang mengharapkan terbaik buat Nina dan keluarga.

“Semoga Allah mudahkan semua urusan dan takdirkan yang terbaik untuk Nina dan keluarga,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Noh Salleh akhirnya mengaku sudah bercerai, kekal berkawan dengan Mizz Nina

Sementara itu, pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi rasa sedih dan menyifatkan Nina sebagai seorang insan tabah untuk berhadapan dengan situasi berkenaan.

“Nina, adikku. Saya rasa sungguh sedih membaca hal ini. Dalam masa sama tahu awak kuat. Saya tahu ia menyakitkan tetapi Allah adalah sebaik perancang.

“Semoga anda berdua tenang melalui dugaan ini dan Musa akan terus disayangi,” tulisnya.

Selebriti lain yang juga berkongsi rasa sama adalah seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fazura, Puteri Sarah Liyana, Bella Astillah, Sherry Al Hadad, Fizo Omar, Ajak Shiro dan ramai lagi.

Saya tahu ia menyakitkan tetapi Allah adalah sebaik perancang

CHE PUAN SARIMAH IBRAHIM

“Semoga Allah mudahkan semuanya. Dia tahu yang terbaik untuk semua. Saya dapat merasakan deritanya. Sesuatu menanti untuk anda berdua. Pasti ada hikmah kebaikan,” tulis Fizo Omar.

“Allah permudahkan semuanya untuk anda berdua dan anak,” kata pula Fazura.

“Bertabahlah. Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar,” tulis Puteri Sarah Liyana.

nina 2

Antara ucapan semangat buat Nina.

Nina dan Noh membuat pengumuman mereka sudah berpisah menerusi satu perkongsian di Instagram pada Khamis selepas dilaporkan sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur sehari sebelum itu.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 dan mempunyai seorang anak angkat bernama Musa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain