MELAKONKAN watak sebagai Kadir yang mempunyai saiz badan gempal antara cabaran terbesar dihadapi pelakon Hun Haqeem ketika menjayakan drama berjudul Hantu Raya Pergi Perang yang ditayangkan di aplikasi sooka ini. Hun, 24, berkata, bagi menjayakan karakter itu, dia perlu memakai sut khas bagi memberi ilusi badan gempal yang bukan sahaja tebal tetapi panas. "Drama ini sangat mencabar kerana saya perlu mainkan dua watak berbeza. Tidak hanya itu, saya juga perlu pakai sut yang tebal dan berat. Tidak fikir panjang untuk terima tawaran berlakon Hantu Raya Pergi Perang. "Dalam sehari saya kena tukar lima atau enam kali pakaian untuk dua watak tersebut. "Bayangkan dalam keadaan cuaca panas dan pakaian yang tebal, ia bukan sesuatu yang mudah. Badan saya berpeluh tetapi itulah yang membuatkan watak saya nampak lebih real dan sut itu membantu saya menjiwai watak diberikan," katanya kepada mStar. Hun ditemui ketika majlis pelancaran drama tersebut sekaligus meraikan sambutan ulang tahun pertama aplikasi sooka yang berlangsung di RexKL baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: Kisah Hantu Raya Pergi Perang, siri original kedua sooka dan drama terakhir arwah Adibah Noor Dalam pada itu, apa membuatkan Hun sanggup mengharungi pelbagai cabaran menjayakan watak Kadir adalah kerana percaya dengan kredibiliti hasil kerja dua pengarahnya, Wan Hasliza dan Wan Alak. Hun berkata, gabungan kedua-dua pengarah itu membuatkan dia tidak berfikir panjang menerima tawaran berlakon dalam Hantu Raya Pergi Perang kerana ia bukan sekadar drama bergenre komedi seram tetapi banyak mesej baik disampaikan. "Rasanya sesiapa sahaja yang pernah bekerjasama dengan mereka (Wan Haliza dan Wan Alak) akan cakap perkara sama. Saya amat percaya dengan kredibiliti mereka. Apabila membaca skrip saya sudah jatuh cinta dan akan terus terima kalau diberi tawaran. Badan saya berpeluh tetapi itulah yang membuatkan watak saya nampak lebih real dan sut itu membantu saya menjiwai watak diberikan HUN HAQEEM PELAKON “Mungkin komedi yang saya bawakan ada sedikit persamaan dalam drama sebelum ini. Namun jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan berbeza. Setiap watak yang dibawakan oleh semua pelakon memainkan peranan tersendiri,” jelasnya. Drama lapan episod terbitan KL Motion ini memaparkan kisah masyarakat yang masih mempunyai kepercayaan kuat terhadap legenda hantu dan cerita rakyat Malaysia. Ia merupakan kandungan eksklusif pelan sooka di bawah VIP Entertainment dan mula ditayangkan pada 24 Jun lalu. Sementara itu, Ketua Program sooka, Emarina Kamal berkata, penghasilan drama ini juga merupakan satu eksperimen untuk menilai selera semasa penonton di Malaysia sebelum mereka tampil dengan lebih banyak kandungan berkualiti pada masa hadapan. Emarina Kamal, Ketua Program, sooka dan Hilda Shamsul Bahri, Ketua Penjenamaan dan Komunikasi, sooka bersama barisan pelakon dan pengarah Hantu Raya Pergi Perang. “Ini juga merupakan satu eksperimen untuk melihat kesukaan penonton supaya kami boleh tampil dengan pelbagai kandungan di masa akan datang. “Saya sendiri tidak sangka drama ini sangat baik dan berkualiti. Ia juga satu karya yang berbeza dan mampu memberi kelainan untuk penonton,” jelasnya. Hantu Raya Pergi Perang merupakan drama ketiga kandungan original sooka selepas Love In Lockdown dan London With Love. Pelanggan sooka boleh menikmati tiga episod Hantu Raya Pergi Perang secara percuma di platform penstriman aplikasi sooka yang menawarkan pelan VIP Entertainment (RM15.90/sebulan), pelan VIP TV (serendah RM42.50/sebulan) atau pelan VIP+Sports yang sedang ditawarkan dengan harga promo serendah RM20.95/sebulan sahaja! Langganan pelan sooka VIP TV membuka akses kepada semua kandungan premium di bawah pelan VIP+Sports dan VIP Entertainment, untuk tontonan serentak satu Smart TV serta dua log masuk peranti mudah alih. Pengguna boleh memuat turun aplikasi sooka melalui model televisyen pintar (smart TV) terpilih daripada jenama Samsung, LG, Sharp dan Sony dan strim kandungan-kandungan premium yang ditawarkan oleh pelan sooka VIP TV. Semua pelan langganan sooka tidak terikat dengan kontrak dan tanpa komitmen, namun tertaklum kepada terma dan syarat. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI