suria

Pendengaran dan penglihatan mula terjejas, Elyana kongsi kesan sampingan 12 tahun lawan kanser

Lama menanggung derita kanser, Elyana juga berdepan dengan kesan sampingan sakit itu.

AKIBAT bertarung melawan kanser selain rawatan kemoterapi sejak 12 tahun lalu, penyanyi Elyana memberitahu ia mula memberi kesan sampingan terhadap dirinya seperti mengalami masalah pendengaran dan penglihatan.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 35, berkata, kesan sampingan itu adalah perkara biasa dalam kalangan pesakit kanser sepertinya apatah lagi sudah terlalu lama menjalani rawatan selain pengambilan ubat-ubatan.

“Siapa kata senang jadi saya? Hari ini telinga saya pula tak dengar sebelah. Jadi mahu ke hospital lagi. Awak nak jadi saya? Kita tukar sekarang.

elyana 2

Elyana kongsi masalah sampingan akibat sakit kanser sebelum ini.

“Untuk pengetahuan anda, mata tak berapa jelas, pendengaran rosak, memori hilang, sakit saraf, sendi dan macam-macam lagi. Itu adalah perkara normal untuk mereka yang terlalu lama menahan sakit dengan kemoterapi atau radioterapi serta ubat-ubatan,” katanya.

Elyana berkongsi perkara tersebut menerusi IG story miliknya dan ia dilihat seperti menjawab persoalan seorang individu yang mendakwa dirinya lupa diri selepas disahkan bebas kanser pada Disember tahun lalu.

Penyanyi lagu Kalis Rindu ini mendedahkan menghidap kanser limfoma sejak 2010 ketika tersingkir di pentas Gegar Vaganza musim keempat pada tahun 2017.

ARTIKEL BERKAITAN: “Komen fasal agama memang nombor satu”... Pantang dituduh cari simpati, Elyana mula jawab pertanyaan biadab pengikut

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya sudah penat berpura-pura” - Elyana mahu ‘hilangkan’ diri, cari semula siapa dirinya

Pada Rabu lalu, Elyana memuat naik beberapa hantaran perbualan dengan individu yang cuba memberi nasihat namun dilihat sebagai menghina dirinya.

Perkara tersebut dilihat berlarutan apabila Elyana masih menerima jawapan balas pihak terbabit.

Untuk pengetahuan anda, mata tak berapa jelas, pendengaran rosak, memori hilang, sakit saraf, sendi dan macam-macam lagi

ELYANA

PENYANYI

“Ingatkan diam dah. Baru nak maafkan. Inilah contoh zaman sekarang. Gunakan nasihat untuk beri lampu hijau mencaci, maki orang. Akhirnya dia kata kita yang tidak boleh terima nasihat.

“Zaman sekarang nasihat datang dengan pakej muslihat ke? Sehinggakan nilai nasihat itu semakin hilang,” ujarnya.

elyana 3

Elyana dilaporkan pulih kanser sejak Disember tahun lalu.

Menerusi komen individu berkenaan, dia menganggap penyanyi itu leka dengan kesihatan yang dimiliki kini.

“Melampau betul kau ini. Dah sihat macam ini pula perangai kau. Tidak boleh kena tegur. kau tengah suka penyakit dah hilang, mana perasan apa yang kau buat sekarang.

“Orang beri nasihat, kau mencabar pula. Kalau tak boleh kena tegur jangan post apa-apa. Melampau kau ini,” dakwanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain