suria

Amir Masdi lega ‘Sekuntum Mawar Merah’ versinya dapat persetujuan Ella

Amir Masdi menyanyikan semula lagu Sekuntum Mawar Mewah.

PENYANYI Amir Masdi melihat keputusan merakamkan kembali lagu popular nyanyian asal Ella berjudul Sekuntum Mawar Merah sebagai tindakan tepat apabila ia turut mendapat sokongan dan persetujuan ratu rock negara itu.

Amir atau Amir Syazwan Masdi, 26, berkata, dia turut menghantar mesej peribadi kepada Ella untuk memaklumkan mengenai perkara itu dan teruja apabila mendapat kata-kata semangat daripadanya.

“Saya pun ada mesej kak Ella berkenaan lagu ini dan dia beritahu kalau ada rezeki nanti boleh menyanyi bersama-sama. Saya juga minta dia merestui untuk saya merakamkan semula lagu ini. Saya rasa alhamdulillah dia terima dengan baik.

“Lega juga sebenarnya apabila penyanyi asal sendiri yang menerima pemberian nafas baru untuk lagu ini.

"Apabila komposer dan juga penyanyi asal memberikan maklumbalas baik, ia membuatkan saya lebih berani untuk merakamkan semula lagu ini," katanya.

Untitled design (23)

Amir tidak memiliki sebarang perancangan untuk merakam semula lagu penyanyi lelaki dalam tempoh masa terdekat selepas Sekuntum Mawar Merah

Kata Amir, lagu ciptaan asal Fauzi Marzuki manakala lirik oleh Lukhman S itu menjadi lagu wajib yang perlu ada dalam senarai apabila mengadakan persembahan.

"Daripada lagu Ella yang sedia ada, ini adalah kegemaran saya. Saya menyanyikan lagu ini ketika menyertai program Akademi Fantasia Megastar dan Immortal Song.

"Ketika Immortal Song lagu ini antara yang paling banyak mendapat pujian dan sokongan daripada peminat," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat pujian Siti Nurhaliza, Amir Masdi pasang impian mahu duet bersama

Disebabkan sokongan yang diterima, Amir kemudian berbincang dengan pihak pengurusan untuk merakam semula lagu terbabit.

Amir merakamkan semula lagu tersebut dalam versi baharu dengan susunan muzik yang lebih segar oleh dirinya, Rudy Nastia dan Farez Asmadi.

Daripada lagu Ella yang sedia ada, ini adalah kegemaran saya.

AMIR MASDI

PENYANYI

Pada masa sama, Amir turut berpendapat menyanyikan semula lagu yang pernah popular dan hit sekitar 1990-an sebagai trend industri muzik sekarang.

"Saya sedar perkara ini sudah menjadi satu ikutan. Kita boleh tengok rentak industri kita sekarang ini lebih kepada mengimbau kembali lagu lama," katanya.

Amir bagaimanapun tidak mengambil pusing sekitar ada peminat yang membandingkan nyanyiannya dengan Ella.

"Soal perbandingan nyanyian saya dengan Ella, saya tidak terfikir untuk risau perbandingan penyanyi lelaki dan perempuan.

"Saya pilih pilih lagu ini sebab saya suka dari sejak dahulu lagi dan turut mendapat permintaan daripada peminat," terangnya.

Untitled design (24)

Amir teruja lagu nyanyian semula Sekuntum Mawar Merah diterima peminat sehingga mendapat hampir 300,000 tontonan di YouTube.

Meskipun berpeluang untuk menyanyikan semula lagu Ella, Amir bagaimanapun tidak merancang untuk merakam lagu penyanyi lain.

"Kalau lagu lelaki untuk saya nyanyikan semula itu masih belum ada perancangan. Mungkin saya kena tengok juga lirik lagu itu, melodinya, penyanyi dan juga komposer bersesuaian.

"Saya kena hati-hati dan tidak boleh main nyanyi sahaja kerana saya tidak boleh langgar saja dan kena hormat lagu, komposer dan juga penyanyi lama," ujarnya.

Lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah nyanyian Amir diterbitkan Nova Music manakala muzik videonya diarahkan oleh Azuad Abdullah.

Video tersebut sudah mendapat hampir 300,000 tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain