suria

Haziq Hussni tak ambil masa lama setuju sebagai pengacara Melodi, anggap impian tercapai

Haziq bergandingan dengan Ain Edruce mengendalikan program Melodi.

DIBERI peluang mengendalikan program hiburan popular Melodi, Haziq Hussni menganggap pemilihannya bergandingan dengan Ain Edruce sebagai perkara diidamkan sebagai pengacara.

Haziq atau Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, 32, berkata, dia tidak mengambil masa lama untuk menerima tawaran tersebut apatah lagi ia adalah program hiburan nombor satu negara.

"Saya sangat gembira dan bersyukur dengan peluang yang diberikan. Sejujurnya, saya sendiri memang rapat dengan Ain dan kami memang serasi.

"Sebelum bersiaran buat kali pertama hari ini, kami tidak membuat banyak latihan. Syukur, walaupun begitu kami tetap dapat melakukannya dengan baik," katanya kepada mStar.

Ha

Haziq mengakui masih banyak perkara perlu dipelajari sebagai pengacara televisyen.

Penyampai radio itu juga pernah bekerjasama dengan produksi Melodi sebelum ini selain berpengalaman mengendalikan program Muzik-Muzik dari tahun 2018 hingga 2021.

Haziq juga pernah menjayakan acara mega seperti Anugerah Juara Lagu ke-34 dan Malaysia Hari ini (MHI).

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Gerak Khas SAC Shaharon Anuar bersara sebagai pegawai polis, rancang buka syarikat produksi

ARTIKEL BERKAITAN: Usia setengah abad bukan penghalang Ziana dan Anuar Zain buktikan masih berbisa... bakal ke Singapura bawa magik sama

Dalam pada itu, Haziq berkata, meskipun ada pengalaman sebagai pengacara televisyen namun itu tidak membuatkan dirinya berasa selesa.

Sebaliknya kata Haziq, setiap program dikendalikan mempunyai perbezaan daripada segi penyampaian dan intonasi.

Pada saya setiap hari itu merupakan tempoh pembelajaran dan saya akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri agar menjadi lebih baik.

HAZIQ HUSSNI

PENGACARA MELODI

"Pada saya setiap hari itu merupakan tempoh pembelajaran dan saya akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri agar menjadi lebih baik," ujarnya.

Sebagai pengacara baharu Melodi, Haziq mengakui dirinya amat mengagumi barisan selebriti yang pernah mengendalikan rancangan tersebut sebelum ini.

"Pada saya Wahid Senario antara pengacara yang hebat mengendalikan Melodi sama juga seperti Ogy Ahmad Daud, Saiful Apek, Janna Nick, Nabila Huda, Fara Fauzana dan Awal Ashaari.

"Mengacara seorang diri juga tugas sukar kerana bukan sahaja perlu mengawal emosi penonton tetapi teknik penyampaian cerita perlu menarik dan menyakinkan," terangnya.

Team

Haziq dan Ain bersama krew produksi Melodi.

Sementara itu, penerbit eksekutif Melodi, Jamil Hassan memberitahu, pemilihan dua pengacara baharu itu bersesuaian dengan pengalaman dan kemahiran mengendalikan rancangan hiburan sebelum ini.

Kata Jamil, kedua-dua pengacara itu memiliki kriteria yang diperlukan dan bersesuaian dengan konsep program Melodi.

"Pembaharuan yang dilakukan bersesuaian dengan citarasa penonton masa kini. Kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki kandungan dan cara penyampaian," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain