suria

Dikritik menari lucah, Baby Shima salahkan imaginasi penonton fikir ke arah itu

Shima sudah lali dengan kecaman.

GARA-GARA video teaser lagu baharu yang dimuat naik oleh usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, penyanyi Baby Shima turut menerima tempias kecaman netizen kerana dilihat kurang sopan ekoran bergelek dan berpakaian mencolok mata.

Shima atau Nur Ashimah Ramli, 30, enggan ambil pusing dengan komen pedas netizen malah sudah terbiasa dengan situasi berkenaan.

Baginya, dakwaan mengatakan aksinya keterlaluan atau lucah hanyalah imaginasi penonton yang terfikir ke arah itu.

aliff syukri 1

Aksi gelek Shima bersama Aliff dikecam teruk netizen.

“Saya tidak ambil kisah dengan komen netizen lagi sebab memang tidak boleh dikawal apa yang mereka mahu katakan. Kalau kata lucah itu mungkin kerana mereka terlalu banyak berimaginasi.

“Biarlah orang nak kecam. Saya tidak boleh halang semua itu,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Shima turut menjawab kekeliruan peminat tentang kerjasama bersama Aliff dalam lagu berjudul Baby Sayang itu kerana sebelum ini hubungan mereka dikatakan tidak baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri berani goyang ghairah dengan Baby Shima, netizen ingatkan tentang iman... “Fikir perasaan anak dan isteri”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Baby Shima dikecam bergelek sakan, katanya tarian nampak seksi sebab tengah tahan kentut

Berada di bawah satu syarikat pengurusan, Shima menjelaskan tidak menjadi kesalahan untuk mereka berduet dalam lagu tersebut dan isu pertelingkahan antara mereka sebelum ini sudah pun selesai.

“Saya ada bertemu Aliff sebelum ini dan kami saling bermaaf-maafan. Cuma perkara tersebut saya tidak pernah kongsi di media sosial. Semuanya sudah selesai.

Kalau kata lucah itu mungkin kerana mereka terlalu banyak berimaginasi

BABY SHIMA

PENYANYI

“Sekarang kami di bawah syarikat pengurusan yang sama, jadi apa salahnya buat kerjasama dengan tampil lagu baharu ini,” jelasnya.

Terdahulu video yang dimuat naik oleh Aliff mendapat respons netizen yang merasakan aksi mereka keterlaluan.

baby shima 34

Shima enggan ambil pusing kecaman netizen.

Isu ini juga mendapat perhatian pendakwah bebas Da’i Wan Dazrin yang menganggap tegurannya terhadap Aliff sebelum ini sia-sia kerana masih terus melakukan kaedah pemasaran sebegitu.

Sebelum ini Aliff sudah menerima kritikan teruk selepas tampil dengan lagu Kelepok Raya yang menunjukkan aksi lelaki lembut menari sehingga dia dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memberi keterangan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan