SERING menerima komen tentang perubahan pada susuk tubuhnya yang dikatakan semakin berisi, penyanyi Fieya Julia mengakui kata-kata tersebut membuatkan dirinya berasa down. Pernah memberi komen balas terhadap isu tersebut secara bersemuka, Fieya atau Nur Syafiyah Sejali, 23,bagaimanapun bimbang jika respons tersebut membuatkan peminat terasa hati. "Sudah banyak kali orang komen tentang badan saya berisi. Saya rasa macam body shaming. Bukan sahaja ditegur bersemuka, ketika sesi live di media sosial juga ada kata begitu. "Mereka yang menegur itu ada terdiri dalam kalangan peminat yang banyak menyokong kerjaya jadi serba-salah untuk beri maklum balas kerana bimbang mereka terasa hati. Perubahan imej bertudung bukan kerana sudah berkahwin "Jadi lebih baik saya luahkan di media sosial biar sampai kepada mereka yang tegur. Kalau nak cakap kepada setiap invidu susah juga kerana terlalu ramai," katanya kepada mStar. Fieya sebelum ini berkongsi luahan mengenai perkara itu di IG story apabila ada menegur tentang peningkatan berat badannya selain menuduh dia sudah berkahwin selepas tampil berhijab sejak Ogos tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara batu bentuk segi tiga dalam MV, Fieya Julia dituduh pengikut illuminati... Sampai ke situ netizen fikir! ARTIKEL BERKAITAN: Lama pasang niat, akhirnya Fieya Julia nekad bertudung - “Gambar freehair dalam telefon pun saya delete tak mahu simpan” Meluahkan perasaan yang sudah lama dipendam, kata Fieya, orang sekeliling yang dekat dengannya terutama rakan baik sepatutnya lebih memahami dan tidak perlu menimbulkan isu sedemikian. Ada orang yang sensitif dan boleh buat mereka patah semangat dengan pemikiran begini FIEYA JULIA PENYANYI "Ada juga teman rapat yang katakan saya bertudung sebab dah kahwin atau mahu ke arah itu. Sepatutnya mereka lebih memahami saya. "Pernah saya suarakan pendapat kepada mereka namun seolah-olah sia-sia. Saya kesal apabila ada yang melontarkan kata-kata kurang baik. "Rasanya apabila bercakap tentang berhijab ramai lagi rakan artis yang kena nasib sama. Kenapalah mereka cakap seperti boleh tahu masa depan yang berlaku. Sepatutnya berilah semangat dan mendoakan," ujarnya. Fieya akan kongsi berita gembira tentang hari perkahwinannya nanti. Sementara itu ditanya tentang perkembangan terbaharu, Fieya baru sahaja tampil dengan lagu cover berjudul Butakah Cinta yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Spring. Fieya juga kini dalam perancangan untuk melancarkan single baharu ciptaannya sendiri. "Lagu saya akan datang akan berbeza sedikit. Masih mengekalkan cerita tentang patah hati tetapi saya mahu cuba genre yang lebih rancak," jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI