SELESAI menjalani prosedur membuang tiub fallopian pada Jumaat, pelawak Achey memaklumkan isterinya iaitu Nor Hasanah Yahaya kini masih lagi berada dalam pemantauan pakar. Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 36, bagaimanapun memberitahu dia masih belum mengetahui perkembangan terkini isterinya yang berada di sebuah hospital di Johor. "Saya tidak tahu macam mana nak cakap. Apa yang saya tahu dia sedang berehat sekarang. "Dia masih berada dalam pemerhatian rapi doktor sebab pembedahan kali ini agak lama dan sepatutnya berlangsung selama dua jam sahaja sudah selesai tetapi kali ini mengambil masa yang agak lama," katanya kepada mStar. Sementara itu, Achey juga meluahkan rasa terharu dengan keprihatinan isterinya yang tetap memberi sokongan untuknya membuat persembahan dalam program Muzikal Lawak Superstar 3 yang berlangsung pada malam Jumaat. Hasanah atau lebih mesra disapa Anne dimasukkan ke hospital sejak Rabu lalu dinasihatkan untuk membuang tiub fallopian yang tersekat bagi membolehkan dia hamil. Achey tetap profesional dan membuat persembahan meskipun terpaksa berjauhan dengan isteri yang baru selesai menjalani pembedahan buang tiub fallopian di sebuah hospital di Johor. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kongsi perjalanan rawatan IVF, hadiah terindah hari jadi Achey ARTIKEL BERKAITAN: Kesihatan ibu merosot, Achey tolak banyak ‘job’ supaya senang ulang-alik kampung Mengakui sedikit terganggu kerana bimbang dengan keadaan kesihatan isterinya itu tetapi Achey berfikiran positif dan kekal bersikap profesional. "Dia masih dalam rawatan, saya anggap pembedahan berjaya dan dia sendiri cakap dengan saya jangan susahkan orang lain. "Pada mulanya agak terganggu tetapi dia nasihatkan saya agar jangan susahkan kawan-kawan, jangan susahkan program. "Jadi saya hormat dia sebagai insan yang masih memikirkan kepentingan orang lain sedangkan dia bertarung untuk kebahagiaan bersama. Meskipun terganggu tetapi saya perlu mengamalkan sikap profesional," terangnya. Dalam pada itu, Achey turut memohon orang ramai dan peminat terus mendoakan kesejahteraan isterinya itu. "Sekarang dia sudah selesai pembedahan tetapi doktor untuk melihat keadaannya sama ada stabil atau tidak. Jadi saya hormat dia sebagai insan yang masih memikirkan kepentingan orang lain sedangkan dia bertarung untuk kebahagiaan bersama. Meskipun terganggu tetapi saya perlu mengamalkan sikap profesional ACHEY PELAWAK "InsyaAllah saya akan memaklumkan keadaannya dari semasa ke semasa... terus mendoakan isteri saya," terangya. Achey tidak dapat menemani isterinya itu kerana terikat dengan persembahan Muzikal Lawak Superstar 3 pada malam Jumaat. Untuk rekod, Pasangan itu mendirkan rumah tangga pada 2011 dan memiliki seorang anak angkat, Tiara Zinnirah, 4, pada Mei 2018. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI